Judul : Penasihat Media PM Bidas Menteri
link : Penasihat Media PM Bidas Menteri
Penasihat Media PM Bidas Menteri
Penasihat Media PM Bidas Menteri | Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini mengkritik langkah menaikkan papan-papan iklan yang memaparkan wajah menteri.
Menurut penasihat media kepada perdana menteri itu berkata adalah lebih baik untuk papan iklan sedemikian digunakan untuk mempromosikan agenda kerajaan.
Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu berkata demikian sebagai mengulas langkah ahli pimpinan tertinggi Bersatu yang menaikkan papan tanda memaparkan gambar masing-masing.
Mengiringi hantaran di media sosial Kadir itu ialah lampiran gambar papan iklan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun.
"Lebih baik promosi agenda kerajaan daripada muka-muka menteri.
"Lebih baik menonjolkan orang yang mengambil bahagian dalam agenda kerajaan daripada menteri-menteri yang bergaya untuk jurugambar.
Penasihat Media PM Bidas Menteri
"Kerajaan adalah mengenai rakyat dan bukan mengenai menteri-menteri membina kultus keperibadian atau pegawai kerajaan yang cuba mendapat keuntungan dari kedua belah pihak," kata Kadir dalam hantarannya hari ini.
Beliau menambah kerajaan wajar menggalakkan egalitarianisme (fahaman bahawa semua orang adalah sama rata, dan perlu mendapat hak dan peluang yang sama), kemanusiaan dan kerendahan hati, bukannya birokrasi dan feudalisme.
Papan iklan yang memaparkan Maszlee turut mendapat perhatian bekas perdana menteri, Najib Razak, beberapa hari lalu.
Penasihat Media PM Bidas Menteri
Untuk rekod, papan iklan Maszlee adalah usaha mempromosi kempen Malaysia Membaca dengan memetik sebahagian daripada sajak Pyanhabib.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Penasihat Media PM Bidas Menteri
Sekianlah artikel Penasihat Media PM Bidas Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Penasihat Media PM Bidas Menteri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/12/penasihat-media-pm-bidas-menteri.html
0 Response to "Penasihat Media PM Bidas Menteri"
Posting Komentar