Judul : PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri
link : PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri
PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri
PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri | Allah itu Maha Adil, Dia tidak pernah tidur dan sentiasa menjadi hakim untuk orang-orang yang di zalimi.
Bila saya berbeza pendapat tentang pelaksanaan hudud dan RUU355, saya masih ingat lagi tuduhan pentaksub terhadap saya yang mengatakan saya mencari keredaan DAP, mereka berdoa yang DAP akan menyempurnakan jenazah saya.
Tidak kurang juga yang hendak menanam jenazah saya di jirat Cina kerana secara tersembunyi apabila mereka menuduh saya murtad sebab tidak bersetuju dengan cara Pas hendak melaksanakan hudud dan RUU355.
Mereka langsung tidak memberi ruang untuk husnuzon, walaupun usul RUU355 yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu banyak celanya dan akhirnya usul RUU355 tersungkur di kaki Umno setelah dipermainkan olok-olok selama lima tahun.
Hari ini, Allah telah membuka satu lagi hijab mereka apabila tuduhan kafir yang mereka lemparkan kepada saya dan AMANAH berbalik semula ke atas diri mereka sendiri.
Sesiapa yang menuduh seseorang yang tidak kafir itu kafir, maka kafir itu berbalik kepada dirinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya.” – Riwayat al-Bukhari (6104) dan Muslim (111).
Demi mengabsahkan yang MCA telah suci, bukan setakat ruang husnuzon dibuka seluas tujuh petala langit dan bumi, kesemua dosa-dosa MCA lampau telah dibersihkan seperti mana mereka berjaya menyucikan dosa-dosa Umno di PWTC tempoh hari.
PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri
Satu prinsip dicipta untuk menghalalkan hubungan terlarang yang MCA hanya sebagai jurujual yang mana tuan mereka adalah Umno; pelik juga mereka sendiri dengan redha menjadi khadam Umno tanpa paksaan.
Adakah sekarang menjadi khadam Umno satu kemuliaan? Kalau ikut prinsip merosakkan mereka ini, bolehlah tuan Muslim menjual arak janji bartender itu dari kalangan Cina MCA?
Dahulu mereka memainkan naratif yang Ahli Parlimen Melayu/Muslim kurang di Parlimen, demi saudara kafir mereka; satu prinsip pembangkang yang kurang ekstremis diperlukan. Bagaimana kriteria ekstremis itu dipilih, saya kurang mahir.
Tetapi apabila MCA menyediakan 100 peguam untuk tolak RU355, adakah itu belum cukup ekstremis? Itu belum masuk yang MCA juga menghalalkan skandal 1MDB yang mana tuan mereka Umno masih lagi turun naik mahkamah.
Mungkin ikut neraca ekstremis bagi Pas, ialah siapa-siapa yang berkerjasama dengan Pas automatik jadi suci dan siapa-siapa yang melawan Pas walaupun Muslim, taraf mereka akan jadi macam kafir harbi.
Itu belum masuk cubaan mereka hendak merekrut Malaikat Jibril untuk memberi pertolongan demi kemenangan MCA. Mereka lupa, selain dari bagi kemenangan pada Nabi Allah, Malaikat Jibril juga ditugaskan oleh Allah untuk memusnahkan kaum yang ingkar pada perintah Allah.
Bila mana masa kaum tersebut berlaku zalim dan reda pada kezaliman. Bila Allah tutup hijab mereka pada kebenaran akibat dari wala, mereka lupa yang Pas reda dengan kezaliman dan jadi benteng orang-orang yang zalim juga boleh dibinasakan oleh Malaikat Jibrail.
Tidakkah mereka memikirkan yang hikmah Allah tidak memberi mereka kemenangan supaya mereka bermuhasabah diri? Tetapi mereka masih lagi berpaling dan berjalan dengan angkuh di muka bumi Allah.
Apabila calon MCA cuba merasuah pengundi dengan tawaran umrah, tiada sesiapa pun yang berani menegur kerana MCA sudah berada dalam “kaum-kaum yang telah di sucikan”.
Mereka bukan sahaja membenarkan Allah dan Nabi dijual, mereka juga turut sama menjadi broker kepada perasuah dan penzalim demi undi.
PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri
Maha Suci Allah yang telah membersihkan nama baik kami yang istiqamah berjuang di atas panji kebenaran walaupun digelar khadam.
Dahulu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) juga digelar khadam, tetapi kerana Allah tahu niat yang ikhlas, Allah kurniakan kemenangan pada ATGNA. Apabila kami dikafirkan kerana berbeza pendapat tentang RUU355, tiada satu pun asatizah dari Pas yang tampil untuk menegur pimpinan dan membersihkan nama baik kami; kami pula digelar jebon dan dituduh melawan ulama.
Rupanya-rupanya Allah sendiri telah menjadi pelindung bagi kami apabila Allah menzahirkan apa yang tersembunyi dalam hati-hati mereka dan kesemua tuduhan takfiri mereka telah berbalik pada diri mereka semula. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembalas. Wallahualam.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri
Sekianlah artikel PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/11/prk-tanjung-piai-tuduhan-pas-makan-diri.html
0 Response to "PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri"
Posting Komentar