Judul : Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM
link : Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM
Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM
Klinik Dr Hamid Arshat Kena Serbu. Pemerikasaan yang dijalankan di sebuah premis di Bukit Damansara pada Selasa ini, adalah berdasarkan aduan awam kerana disyaki memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pemeriksaan yang telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dari KKM itu telah mengikut prosedur dan standard operasi dan iaitu bersandarkan peruntukan undang-undang ditetapkan oleh KKM.
KKM dalam satu kenyataan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Param Jeeth Singh A/L Pakar Sigh berkata, sebelum pemeriksaan dijalankan,ke atas premis DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara. Siasatan awal mendapati premis tersebut telah disahkan memiliki dan menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan (test buy) berserta resit bayaran.
"Meskipun produk tersebut didapati tiada lagi di premis ketika pemeriksaan dijalankan, bahan iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar tersebut telah ditemui di premis terbabit,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan itu beliau berkata, walaupun premis ini merupakan sebuah fasiliti yang dimiliki oleh seorang doktor sakit puan di Malaysia. Namun begitu, fasiliti tersebut tidak pernah berlesen dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak penubuhannya.
Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM Disyaki Miliki Produk Tidak Berdaftar
” Meskipun banyak perbincangan dan usaha oleh CKAPS untuk memudahcara perlesenan premis ini, namun pemilik masih tidak dapat memenuhi syor yang diberi supaya ianya dapat dilesenkan sebagai fasiliti kesihatan swasta berlesen yang sah,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, pada 26 Februari 2016, CKAPS telah mengeluarkan satu surat arahan supaya premis ini menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan.
Katanya lagi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menjalankan satu pemeriksaan ke atas sebuah premis iaitu DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Oleh itu memiliki atau menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM adalah merupakan pelanggaran di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Klinik Dr Hamid Arshat Kena Diserbu KKM Disyaki Miliki Produk Tidak Berdaftar
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular hari ini, berkaitan seorang pakar perbidanan sakit puan Dr Hamid Arshat yang melahirkan rasa kesal dan kecewanya kerana semalam, premisnya diserbu pegawai KKM tanpa beliau diberikan notis dan tidak menemui sebarang bukti.
Dr Hamid menerusi laman facebooknya memberitahu beliau terkejut dengan kedatangan kakitangan KKM yang tidak membawa notis serbuan dan tanpa menjelaskan tujuan serbuan itu dilakukan. - md
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM
Sekianlah artikel Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/10/klinik-dr-hamid-arshat-diserbu-kkm.html
0 Response to "Klinik Dr Hamid Arshat Diserbu KKM"
Posting Komentar