Judul : Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis
link : Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis
Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis
Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis. Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang tiba-tiba rebah ketika berceramah pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat negeri ini di Dewan 2020 di sini pada malam kelmarin dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Beliau merupakan ADUN Sanglang masih dirawat di CCU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis.
Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon berkata, berdasarkan keadaan semasa Pesuruhjaya PAS Perlis dan nasihat doktor, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan ziarah.
Pas Perlis akan sentiasa mengemaskini keadaan semasa ADUN Sanglang itu.
"Kita meminta orang ramai supaya tidak membuat, menyebarkan atau mempercayai sebarang maklumat yang datang bukan daripada sumber rasmi parti," ujarnya.
Dr. Saifizi Saidon pada masa sama menyeru orang ramai agar dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan Pesuruhjaya PAS Perlis itu.
Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd. Shukri Ramli
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam semalam, Mohd. Shukri tiba-tiba jatuh rebah ketika sedang menyampaikan ucapan aluan dengan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas di hadapan lebih 2,000 hadirin di Dewan 2020.
Pesuruhjaya PAS Perlis yang dipercayai mengalami serangan jantung kemudian diberikan bantuan pernafasan oleh Unit Medik, Jabatan Amal Malaysia sebelum ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawanya ke HTF kira-kira lima minit kemudian.
Ceramah berkenaan turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis
Sekianlah artikel Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/keadaan-terkini-pesuruhjaya-pas-perlis.html
0 Response to "Keadaan Terkini Pesuruhjaya PAS Perlis"
Posting Komentar