Judul : Sultan Selangor Dukacita
link : Sultan Selangor Dukacita
Sultan Selangor Dukacita
Sultan Selangor Dukacita. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan gejala dan masalah perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang kini telah sampai ke tahap amat merisaukan.
Baginda bertitah perpecahan itu dilihat begitu teruk sekali terutamanya apabila wujud banyak kumpulan kononnya berjuang atas dasar kepentingan orang Melayu namun bertambah buruk apabila golongan berkenaan sering mengecam antara satu sama lain umpama menconteng arang ke muka sendiri.
Sultan Selangor Dukacita. Titah baginda lagi, gejala perpecahan lebih diburukkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang melemparkan cercaan dan sindiran terhadap bangsanya secara terbuka tanpa segan silu.
“Perbalahan dan pertelingkahan secara terbuka sesama kumpulan orang Melayu ini berlaku di mana-mana termasuklah di media sosial dan media arus perdana. Perbalahan ini mencakupi semua aspek sehingga perkara kecil pun dijadikan punca kepada pertelingkahan dan kemudiannya mengakibatkan perpecahan ketara.
“Gejala memfitnah yang dilemparkan antara satu pihak dengan pihak lain serta perasaan hasad dengki, pengkhianatan dan perasaan benci yang dipamerkan seolah-olah dijadikan semacam satu budaya dalam kalangan orang Melayu,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Shah Alam, malam tadi.
Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta barisan pembesar negeri.
Sultan Sharafuddin bertitah, adalah lebih mendukacitakan kerana masyarakat Melayu merupakan penganut kepada agama Islam yang sentiasa mengutamakan penyerapan nilai-nilai murni dalam diri umatnya.
Sultan Selangor Dukacita
Namun titah baginda, semua nilai murni yang diunjurkan agama Islam dan sepatutnya mengalir dalam diri setiap orang Melayu itu tidak diamalkan, seolah-olah mereka lupa bahawa batas-batas agama menghalang supaya berlakunya perpecahan dan pertelingkahan.
Sultan Sharafuddin turut mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang segala-galanya baik dari segi hak beragama, ekonomi, politik dan pendidikan sekiranya terus berpecah serta hidup dalam keadaan porak-peranda kerana akan ada pihak lain yang mendapat keuntungannya.
“Adakah kita mahu melihat suatu hari nanti orang Melayu hidup merempat dan menjadi hamba di tanah air tempat tumpah darah kita sendiri? Adakah kita mahu melihat orang Melayu dijajah dari segi agama, ekonomi, kuasa politik, pendidikan, pemikiran dan pelbagai aspek kehidupan yang lain?
“Jika kita tidak berhati-hati dan berterusan bertelingkah dan berpecah, sama ada antara orang Melayu ataupun sesama pemimpin Melayu, maka Beta percaya, semua perkara yang Beta sebutkan akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat,” tegas Sultan Sharafuddin.
Baginda bertitah, sebagai Raja di Selangor, adalah menjadi tanggungjawab dan amanahnya untuk memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat terutama kepada kumpulan masyarakat majoriti iaitu kaum Melayu yang beragama Islam.
Namun titah Sultan Selangor, seruan supaya orang Melayu bersatu tidak bermakna dirinya seorang ‘racist’ kerana baginda sentiasa mahu semua rakyat dapat hidup dalam keadaan selesa, harmoni serta menikmati kekayaan negara secara adil dan sama rata.
Sultan Selangor Dukacita
Sultan Sharafuddin juga menyeru kepada semua orang Melayu supaya bersatu padu dan mengenepikan perbalahan manakala pemimpin Melayu tidak mengira parti politik pula dapat menghentikan segala budaya politik retorik serta tidak lagi melabelkan kaumnya sendiri dengan pelbagai kecaman negatif.
Baginda menyatakan orang Melayu ketika ini lebih memerlukan kepada perpaduan erat termasuk dalam kalangan pemimpinnya yang mana sebarang kelemahan boleh diatasi jika sentiasa mengamalkan sikap berbaik sangka, tiada dengki khianat, tidak berdendam, bekerjasama, saling membantu serta tidak mementingkan diri.
Titah baginda, orang Melayu tidak perlu lagi menerima kritikan terbuka serta sindiran-sindiran berbentuk kecaman yang boleh mengguris hati masyarakat daripada kaum berkenaan.
“Para pemimpin terutamanya pemimpin Melayu perlu memainkan peranan untuk membantu orang Melayu secara efektif tanpa memberi cercaan dan jolokan tidak baik terhadap kaum sendiri hingga menyebabkan orang Melayu terus lemah dan hilang keyakinan.
“Pemimpin Melayu jangan hanya memikirkan kepentingan jangka pendek dan hanya semata-mata mencari populariti dalam satu kumpulan tertentu sehingga mengenepikan perkara asas dalam memelihara kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya,” titah baginda.
Mengambil contoh sejarah hitam kejatuhan empayar Kesultanan Melaka suatu masa dulu akibat wujudnya sifat hasad dengki, khianat, tamak, perpecahan dan perebutan kuasa, Sultan Sharafuddin mengingatkan orang Melayu kini supaya sentiasa belajar dan mengambil iktibar daripada kesilapan lampau itu.
“Beta berkeyakinan penuh jika orang Melayu bersatu dan bekerjasama erat, tiada rintangan tidak dapat diatasi dan orang Melayu pasti akan mencapai kejayaan semula seterusnya menjadi satu bangsa yang kuat dan bermaruah,” titah baginda.
Sementara itu, sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, baginda turut menasihatkan seluruh rakyat supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah semasa memandu di jalan raya.
Sultan Selangor Dukacita. Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin berkenan merasmikan Masjid Taman Seri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Sultan Selangor Dukacita
Sekianlah artikel Sultan Selangor Dukacita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Sultan Selangor Dukacita linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/05/sultan-selangor-dukacita.html
0 Response to "Sultan Selangor Dukacita"
Posting Komentar