Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara

Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara
link : Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara

Baca juga


Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara

Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Komersil di London untuk menangguhkan permohonan negara yang bertujuan mahu membatalkan penghakiman persetujuan membabitkan 1MDB dan dua syarikat Abu Dhabi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara Tommy Thomas berkata mahkamah tersebut mahu proses timbangtara antara entiti Abu Dhabi dan 1MDB diselesaikan terlebih dahulu.

“Prosiding timbangtara tersebut akan diteruskan di London dengan pengawasan mahkamah.

“Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Londoh yang membenarkan kes penipuan secara besar-besaran yang melibatkan kepentingan umum itu perlu terlebih dahulu melalui proses prosiding timbangtara secara tertutup, tanpa didedahkan kepada awam,” kata Thomas.

Oktober lalu, 1MDB dan pemiliknya, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mencabar satu penghakiman persetujuan yang memerlukan kedua-dua syarikat tersebut membayar AS$5.78 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar).

1MDB dan MKD mengemukakan kepada Mahkamah Komersil London bahawa penyelesaian dan persetujuan tersebut didalangi oleh bekas perdana menteri Najib Razak sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menipu dengan IPIC dan Aabar selaku rakan subahatnya. 

Malaysia sedang cuba mendapatkan semula AS$3.5 bilion daripada IPIC dan Aabar.

Cubaan IPIC dan Aabar untuk membatalkan saman tuntutan tersebut tidak berjaya. Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu telah memulakan prosiding timbangtara kedua terhadap 1MDB dan MKD.

Di sebalik semua masalah itu, Thomas percaya bahawa perbicaraan berkenaan perlu bagi memastikan Malaysia mendapatkan semula wang yang dibayar secara salah semasa zaman Najib.

“Kerajaan sentiasa fokus dalam usahanya untuk memastikan aset-aset Malaysia dapat dipulihkan,” katanya. - mk





  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara

Sekianlah artikel Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/05/perkembangan-kes-1mdb-diluar-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perkembangan Kes 1MDB Diluar Negara"

Posting Komentar