Judul : Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas
link : Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas. Seorang peniaga pasar malam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi milik kerajaan negeri yang digunakan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.
Tertuduh, Mohd Azimar Abdul Razak Azimar, 36, dari Kampung Jelempok, Arau dituduh melakukan kesalahan itu dengan niat hendak merosakkan kenderaan jenis Honda Accord itu di kediaman mufti itu di Jalan Pesiaran Wawasan, Kangar bersama beberapa lagi rakannya pada kira-kira 5 pagi, 22 Mac lepas.
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas. Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam selain kenderaan terbabit milik kerajaan negeri.
Beliau juga berkata dibimbangi tertuduh akan mengulangi perbuatannya selain bimbang keselamatan tertuduh kerana kes itu telah viral.
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas
Peniaga itu yang diwakili peguam Najdah Romli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), bagaimanapun memohon anak guamnya dilepaskan dengan jaminan kerana tertuduh mempunyai 2 anak masing-masing berumur 9 dan 11 tahun serta menanggung seorang kakak berumur 46 tahun yang mengalami strok.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan rayuan tertuduh dan membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga perlu melapor diri kepada pegawai penyiasat kes pada setiap 1 hari bulan dan diberi amaran tidak mendekati mangsa, keluarga dan anggota keluarga terdekat mangsa.
Beliau kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 2 Julai depan.
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas
Sementara itu polis masih memburu seorang lagi rakan tertuduh dikenali sebagai “Mei Tomoi” yang dipercayai bersubahat dalam perbuatan itu manakala 4 lagi rakannya masih dalam tahanan reman. - fmt
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas
Sekianlah artikel Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/05/kes-bakar-mufti-perlis-makin-panas.html
0 Response to "Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas"
Posting Komentar