Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?

Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?
link : Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?

Baca juga


Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?

Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu? Bersemangat menzahirkan pandangannya terhadap ‘kelemahan’ kerajaan PH, Bendahari Agung PAS Razman Zakaria kelihatan tidak tahu salah satu hantaran yang dikongsi di Facebook beliau adalah bahan palsu yang disandarkan kepada seorang tokoh perniagaan terkemuka negara.

Bercakap kepada Malaysiakini Razman sebaliknya berkata jika kenyataan yang berkenaan palsu, orang ramai masih boleh mengambil pengajaran daripada apa yang dipaparkan dalam ‘laporan’ tersebut.

Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?  “Kalaupun surat itu palsu, kita ambil iktibar dari keseluruhan cerita kerana ia dibuat berdasarkan luahan yang sering didengari.

“Kerajaan sekarang memperjuangkan rule of law (kedaulatan undang-undang) tapi kes arwah Adib masih tiada tindakan.

"Apabila orang Melayu buat salah sikit, mereka terus tangkap,” ujarnya yang jelas kecewa dengan pihak kerajaan.

Melalui hantaran dimuat naik pagi tadi itu Razman menyiar ulang hantaran suatu laman sesawang memuatkan 'surat terbuka' kononnya ditulis jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

Beliau turut menulis "Dendam" mengiringi hantaran berkenaan.

Melalui 'surat' tersebut pengerusi Yayasan Albukhary itu memuji Najib Razak dan mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Kandungan kenyataan itu juga banyak tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun Yayasan Albukhary mengesahkan Syed Mokhtar tidak terbabit membuat kenyataan tersebut dan hal berkenaan dijelaskan oleh beliau pada 2015 lagi.


Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu? 


Tindakan pada portal

"Walaupun Yayasan Albukhary sudah menafikan dakwaan berkenaan, perbuatan tidak bertanggungjawab ini telah timbul sekali lagi dan kali ini mengaitkan beliau dengan parti politik tertentu.

"Tindakan penulis yang menyalahgunakan nama Pengerusi Yayasan Albukhary adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang.

"Kami ingin menegaskan bahawa Pengerusi Yayasan Albukhary jarang sekali mengeluarkan kenyataan umum.

"Oleh itu, kami ingin menyarankan orang ramai supaya mengesahkan kesahihan sebarang kenyataan yang didakwa ditulis oleh Syed Mokhtar dengan pihak Yayasan Albukhary melalui laman web rasminya, iaitu: http://bit.ly/2XotZ7v" kata kenyataan itu.

Ditanya mengenai kemungkinan disaman, Razman yang juga pesuruhjaya PAS Perak berkata, beliau sekadar menyiarkan semula hantaran tersebut.

Katanya, ia juga bukan datang daripada mulutnya sendiri.

Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu? 


“Saya cuma repost sahaja. Fitnah adalah apabila saya sendiri yang mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Saya bukan fitnah, kalau tak betul, tindakan sepatutnya diambil ke atas portal (yang berkongsi berita palsu) tersebut," katanya.

Sementara itu semakan Malaysiakini malam ini mendapati hantaran Razman tersebut sudah dipadamkan. - mk







  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?

Sekianlah artikel Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/05/bendahari-pas-pertahan-kenyataan-palsu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bendahari PAS Pertahan Kenyataan Palsu?"

Posting Komentar