Judul : Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?
link : Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik? Bekas perdana menteri Najib Razak menyeru pimpinan dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya bersatu padu dalam usaha gabungan politik itu merampas semula pentadbiran Putrajaya.
Najib berkata, persoalan sama ada beliau akan diangkat menjadi perdana menteri sekali lagi atau tidak bukanlah suatu keutamaan pada masa ini kerana hasrat menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) adalah keutamaan lebih penting.
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik? “Siapa jadi pemimpin, itu nanti dahulu, pastikan kita menang dahulu. Kalau tidak menang, maka habis cerita. Jadi, pakat-pakatlah dengan baik, biar kita menang dan kembali berkuasa.
“Saya bimbang dengan PH, kalau dia lama lagi, saya rasa lagi rosak negara dibuatnya sebab banyak sangat pusingan U,” katanya dalam Sesi Town Hall Politik Malaysia Baru, di PWTC, hari ini.
Najib berkata demikian selepas diminta oleh beberapa hadirin supaya kembali menerajui negara selepas pilihan raya umum ke-15 akan datang.
Berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin, Najib juga mengingatkan pemimpin Umno supaya mengetepikan kepentingan lain, sebaliknya hanya mengutamakan perjuangan dalam parti.
“Saya terus terang tidak puas hati dengan solidariti dalam Umno, walaupun nampak baik, tetapi solidariti mesti dilakukan supaya hanya ada satu Umno sahaja.
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?
“Saya beritahu semua pemimpin Umno, tolonglah letakkan kepentingan Umno mengatasi segala-galanya. Barangkali kerana mesej saya ini dapat menahan “katak” yang ingin lompat. Yang terlepas itu tidak mengapalah.
“Kalau terus berlaku (pemimpin lompat parti), impian hendak berkuasa hancur. Orang yang pindah ke sana (PH) juga, saya dimaklumkan ada yang dipinggirkan orang tempatan,” katanya.
Najib juga mengingatkan pemimpin Umno supaya menghargai penat lelah, wang dan masa yang dikorbankan oleh penyokong parti di peringkat akar umbi bagi mengangkat pemimpin.
“Mereka (penyokong di peringkat akar umbi) berkorban untuk kita, takkanlah kini kita tidak boleh berkorban pula untuk mereka,” katanya.
Najib berkata, Umno perlu bersifat lebih terbuka serta menghargai pandangan orang muda memandangkan undi golongan itu amat penting bagi menjamin kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?
“Ada pelajar jumpa saya beritahu, dia hendak sertai Umno, sudah 2 kali isi borang, namun masih tidak dapat jadi ahli. Saya beritahu mungkin borang permohonannya itu dibakulsampahkan.
“Mereka orang muda, boleh jadi pencabar suatu hari nanti. Inilah pengajarannya, Umno mesti dilihat sebagai parti untuk semua pihak, selain perlu bergerak atas semangat kekitaan,“ katanya.
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik? Turut hadir ialah presiden MCA, Wee Ka Siong; presiden MIC, S Vigneswaran dan pemimpin BN lain. - fmt
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?
Sekianlah artikel Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/04/biar-betul-najib-nak-jadi-pm-balik.html
0 Response to "Biar Betul.. Najib Nak Jadi PM Balik?"
Posting Komentar