Judul : Berita Menggemparkan
link : Berita Menggemparkan
Berita Menggemparkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina sebagai perkara sengaja dihangatkan pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH).
Presiden PKR itu berkata perkara tersebut juga telah dinafikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri semalam.
“Keadaan semua baik, perkara ini tidak berbangkit pun oleh sesiapa. Ia sengaja dihangatkan untuk menimbulkan ketegangan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat di ibunegara malam tadi.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan sebuah blog dua hari lepas, mendakwa Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baharu Cina.
Menerusi catatan blog itu juga, desas-desus pelantikan Mohamed Azmin itu dikuatkan lagi apabila Dr Mahathir memberikan pelbagai tugasan penting kepada Mohamed Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara. - bernama
Berita Menggemparkan
Sekianlah artikel Berita Menggemparkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Menggemparkan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/02/berita-menggemparkan.html
0 Response to "Berita Menggemparkan"
Posting Komentar