Judul : Rupanya VVIP Ini Pengecut
link : Rupanya VVIP Ini Pengecut
Rupanya VVIP Ini Pengecut
Rupanya VVIP Ini Pengecut. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan pendirian Ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho Low yang enggan menyerah diri sebagai satu tindakan yang pengecut.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, sekiranya Jho Low merasakan dirinya tidak bersalah dia tidak seharusnya melarikan diri dan terus bersembunyi.
"Komen pengecut, jika rasa tak salah, berdepanlah, tak perlu lari bersembunyi.
"Tapi bila dah tak ada, lari. Kena berani kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika ditemui media di pusat penamaan calon Dun Balakong di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di sini, hari ini.
Semalam, ahli perniagaan yang terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata dia tidak akan menyerah diri kerana katanya tidak akan diadili secara adil ditengah-tengah “perbicaraan oleh media”.
“Saya tidak akan menyerah diri kepada mana-mana kuasa di mana kesalahan telah ditentukan lebih awal oleh politik dan kepentingan diri mengatasi proses undang-undang,”katanya memetik laporan FMT
yang dikeluarkan firma perhubungan awam yang berpangkalan di Sydney, Australia.
Rupanya VVIP Ini Pengecut
Kenyataan itu adalah serangan terbaharu ahli perniagaan itu terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas serahan kapal Equanimity.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa ia dibeli Low menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.
Laporan WSJ, memetik sumber yang tidak dinamakan dari Singapura dan Malaysia sebagai berkata China mungkin melindungi Low, ditulis oleh antaranya, Tom Wright dan Bradley Hope, yang terlibat dengan pendedahan tentang 1MDB yang diterbitkan WSJ pada 2015.
Jho Low dipercayai merujuk kepada buku baharu oleh mereka, “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang menumpukan pada peranan Jho Low dalam hal 1MDB.
Jho Low sekali lagi berkata beliau menjadi mangsa “perbicaraan oleh media”, dengan laporan berdasarkan “kebocoran daripada pendakwa dan pegawai kerajaan yang tidak berminat dengan kebenaran”.
Rupanya VVIP Ini Pengecut. “Sebelum apa-apa bukti dibentangkan di mana-mana mahkamah, termasuk di Amerika Syarikat, wartawan ini telah menghukum, menyokong rejim Dr Mahathir yang telah membuktikan ia betul-betul tidak pedulikan apa-apa yang menyerupai proses undang-undang yang adil,” kata kenyataan itu. - sinar
Rupanya VVIP Ini Pengecut
Sekianlah artikel Rupanya VVIP Ini Pengecut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rupanya VVIP Ini Pengecut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/08/rupanya-vvip-ini-pengecut.html
0 Response to "Rupanya VVIP Ini Pengecut"
Posting Komentar