Judul : PAS Melepas Lagi
link : PAS Melepas Lagi
PAS Melepas Lagi
Keputusan 3 adun Barisan Nasional (BN) menyokong pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang dicalonkan Pakatan Harapan (PH) dibuat hasil perbincangan bersama Umno negeri dan pusat.
Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat restu daripada kepimpinan Umno negeri dan pusat, setelah mengambil kira pelbagai aspek.
“Saya tahu ada yang marah apabila kita beri sokongan ini, tetapi kita bukan masuk parti lain, kita masih bersama Umno. Keputusan dibuat demi kepentingan rakyat di negeri ini dan kita mahu elak kerja tidak produktif seperti perlu mengadakan pilihan raya negeri (PRN).
“Jadi, sebelum menghentam keputusan yang dibuat ini, semua pihak perlu berfikir secara rasional dan bukannya menggunakan emosi. Selain itu, perlu guna kebijaksanaan dalam membuat keputusan,” katanya selepas Majlis Pelantikan Speaker DUN Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Kemelut pelantikan speaker DUN Kedah berakhir hari ini apabila Datuk Ahmad Kassim dilantik memegang jawatan itu pada mesyuarat pertama, penggal pertama DUN Kedah hari ini.
Beliau dipilih selepas mendapat 21 undian mengalahkan seorang lagi calon, iaitu Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang memperoleh 15 undi.
Ahmad, 55, merupakan bekas ahli Parlimen Kuala Kedah selama 1 penggal apabila menang pada 2008 selepas menewaskan calon BN ketika itu, Hashim Jahaya.
Pelantikan speaker DUN Kedah sebelum ini berdepan masalah apabila kedudukan kerusi di kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan pembangkang terikat 18 kerusi.
Dalam pada itu, Datuk Suraya Yaacob yang merupakan adun Sungai Tiang berkata, keputusan menyokong pelantikan speaker itu tidak menggambarkan BN menyokong kerajaan, sebaliknya ia bagi memastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
“Keputusan ini diambil selepas berbincang dan mendapat kebenaran daripada parti, jadi saya harap semua penyokong Umno dapat bersabar dan memahami keadaan sebenar. Jangan bimbang, kami tetap akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.”
Adun Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor, berkata persetujuan menyokong pelantikan speaker itu bertujuan memastikan kestabilan parti yang baru mengadakan pemilihan pada 30 Jun lepas.
“Kita setuju sebab hendak elak masalah yang boleh mengganggu gugat kestabilan parti (Umno) dan kerajaan, jadi tidak timbul isu sokongan kerana bimbang hilang kerusi apabila PRN dibuat.”
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata PAS menghormati keputusan semua adun dalam pemilihan speaker dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Kita terima keputusan tersebut, tetapi di sini terjawabnya tuduhan sebelum ini yang mengatakan PAS berpakat dengan BN dan Umno…jadi saya minta jangan lagi buat tuduhan tidak berasas kepada PAS.
“Kita akan jadi pembangkang yang sentiasa beri teguran dan pandangan bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri lancar. Selain itu, 15 Adun PAS juga telah dibahagikan untuk memantau portfolio yang dipegang exco.” - free malaysia today
Iklan
PAS Melepas Lagi
Sekianlah artikel PAS Melepas Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Melepas Lagi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/07/pas-melepas-lagi.html
0 Response to "PAS Melepas Lagi"
Posting Komentar