Judul : Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun?
link : Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun?
Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun?
Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun? Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta menjadi tumpuan pagi ini kerana bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka didakwa berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Najib, yang akan mencecah usia 65 tahun pada 23 Julai ini, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 2.
Tommy Thomas akan muncul buat kali pertama dengan tugas barunya sebagai peguam negara dalam kes terhadap Najib.
Peguam bela terkemuka itu akan mengetuai pasukan pendakwa.
Difahamkan kes itu akan disebut di depan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan, Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di depan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun?
Tuduhan itu dijangka dibacakan kepada Najib di Mahkamah Sesyen dan tidak ada pengakuan akan direkodkan daripada beliau. Pengakuan hanya direkodkan apabila kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di aras 4.
Dalam kalangan 6 bekas perdana menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.
Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan SRC International.
Bekas perdana menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM 2 kali pada 22 dan 24 Mei lalu bagi merekodkan keterangan berhubung kes SRC International.
Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun? SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - free malaysia today
Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun?
Sekianlah artikel Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/07/najib-bakal-dipenjarakan-20-tahun.html
0 Response to "Najib Bakal Dipenjarakan 20 Tahun?"
Posting Komentar