Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu

Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu
link : Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu

Baca juga


Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu


BENTONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan selepas mendapat perkenan istana dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad akan memilih calon sesuai untuk menjadi pemimpin nombor satu negeri itu.

“Bagi jawatan anggota mesyuarat kerajaan pula, perkara itu belum dapat ditentukan kerana istana masih belum membuat keputusan tentang (pelantikan) menteri besar, maka itu akan menjadi perkara kedua,” katanya pada sidang media hari ini.


Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semalam, BN Pahang mendapat majoriti mudah selepas menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS (8) dan Pakatan Harapan (9).

Adnan berkata, beliau mewakili BN Pahang berterima kasih kepada semua pengundi yang menyokong BN sehingga masih dapat meneruskan pentadbiran negeri.

Mengulas pelaksanaan projek berimpak tinggi di Pahang oleh kerajaan persekutuan sebelum ini, Adnan berharap ia akan diteruskan dengan jaminan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan “post mortem” keputusan PRU14 dan dapatannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri yang akan dilantik supaya penambahbaikan dapat dilakukan dalam memastikan kelangsungan BN pada masa depan.

“Secara keseluruhannya, mengambil kira apa yang dianggap tsunami, prestasi (BN) Pahang agak baik berbanding negeri lain.

“Walaupun kita hilang majoriti 2/3, kita masih memegang kuasa dengan majoriti mudah…25 berbanding 17 boleh dianggap sebagai majoriti besar dan boleh menyumbang kepada kerajaan yang stabil,” katanya.

Berhubung kehilangan 5 kerusi DUN yang dimenangi UMNO sebelum ini, Adnan berkata, 2 daripadanya iaitu Jengka dan Panching sudah dijangkakan atas faktor komposisi pengundi, walaupun wakil rakyat sebelumnya berkhidmat dengan baik pada penggal lalu. #sumber


Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu

Sekianlah artikel Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/05/adnan-serahkan-kepada-sultan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adnan Serahkan Kepada Sultan Pahang Untuk Pilih Calon MB Baharu"

Posting Komentar