SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer

SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer
link : SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer

Baca juga


SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang kononnya badan itu enggan bertemu dengan mereka bagi membincangkan tentang penggunaan logo dan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana terlalu sibuk.

SPR dalam kenyataan Isnin menjelaskan, pejabat penasihat undang-undang suruhanjaya itu telah menerima surat secara serahan tangan oleh wakil pihak berkenaan pada Khamis lepas dan bercadang untuk mengadakan pertemuaan pada pukul 10 pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya pada hari yang sama, maklum balas segera telah diberikan pejabat tersebut bagi menjelaskan tarikh yang dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

"Dalam maklum balas tersebut juga pihak pejabat penasihat undang-undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti politik dalam masa terdekat dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman rasmi oleh SPR," katanya.

Menjelas lanjut, SPR berkata pendekatan rasional itu diambil kerana pejabat penasihat undang-undang berpendapat isu yang ditimbulkan oleh parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain.

SPR berkata atas dasar untuk memberi penerangan dan penjelasan yang tidak hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja, adalah wajar makluman dan hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh pejabat penasihat undang-undang.

"Dalam menilai keseluruhan isu-isu yang timbul adalah wajar pihak-pihak terbabit memberi ruang kepada SPR untuk mencapai satu keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir dilaporkan mendakwa SPR enggan bertemu dengan gabungan pembangkang itu bagi menjelaskan berkaitan penggunaan logo dan simbol PKR pada PRU14.

Menurut Dr Mahathir surat balas SPR kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menyatakan bahawa suruhanjaya itu terpaksa menolak permintaan untuk mengadakan satu perjumpaan kerana mereka sibuk dengan beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan.

Kenyataan penuh SPR nafi enggan berbincang isu penggunaan logo dan simbol pada PRU14

Berikut adalah kenyataan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari ini berhubung dakwaan pihak tertentu kononnya SPR enggan bertemu bagi membincangkan mengenai penggunaan logo dan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana terlalu sibuk.

SPR Sedang Perincikan Garis Panduan Proses PRU14.

1. SPR menafikan kenyataan pihak tertentu yang kononnya badan ini menolak untuk berjumpa mereka bagi membincangkan tentang penggunaan logo dan simbol pada PRU14 kerana terlalu sibuk. Dalam hal ini, SPR ingin menjelaskan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang telah menerima surat secara serahan tangan oleh wakil pihak berkenaan pada 12 April 2018 (Khamis) dan cadangan tarikh untuk mengadakan pertemuaan pada 16 April 2018 (Isnin), jam 10.00 pagi. Untuk penjelasan lanjut cadangan pertemuan itu adalah dengan Penasihat Undang-Undang.

2. Walaubagaimana pun, pada hari yang sama Pejabat Penasihat Undang-Undang telah memberi maklum balas segera dengan menyatakan bahawa tarikh yang dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi disebabkan beliau akan menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

3. Dalam maklum balas tersebut juga pihak Pejabat Penasihat Undang-Undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti politik dalam masa terdekat dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman rasmi oleh SPR.

4. Pendekatan rasional ini diambil kerana beliau berpendapat isu yang ditimbulkan oleh parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain. Maka atas dasar untuk memberi penerangan dan penjelasan yang tidak hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja adalah wajar makluman dan hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang.

5. Dalam menilai keseluruhan isu-isu yang timbul adalah wajar pihak-pihak terbabit memberi ruang kepada SPR untuk mencapai satu keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak.

Sekian dan terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)


SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer

Sekianlah artikel SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/spr-nafi-dakwaan-dr-mahathir-enggan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPR nafi dakwaan Dr Mahathir enggan bincang isu logo parti...Madey Kuat Betul Menipunya Yer"

Posting Komentar