Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri

Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri
link : Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri

Baca juga


Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan saman difailkan Nurul Izzah Anwar terhadap bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu Naib Presiden PKR itu bergambar bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin membuat keputusan itu selepas mendapati kenyataan dikeluarkan Khalid dan Ismail Sabri, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Majlis Berkhatan Perdana 2016 di Bera, Pahang pada 22 November 2015, memfitnah Nurul Izzah selaku plaintif dalam kes saman berkenaan.

Faizah memerintahkan Khalid dan Ismail Sabri selaku defendan membayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM400,000 dan RM600,000 kepada Nurul Izzah selain diperintah membayar kos berjumlah RM80,000 kepada plaintif.

Faizah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati kedua-dua kenyataan berkenaan memfitnah Nurul Izzah.

Nurul Izzah memfailkan saman itu pada 26 November 2015 dengan mendakwa Khalid mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November 2015.

Beliau mendakwa Ismail Sabri juga mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada hari sama (22 November 2015) dalam satu majlis di Bera, Pahang.

Katanya, kenyataan itu menggambarkan beliau seorang pengkhianat kepada negara dan dalang insiden pencerobohan Sabah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah berkata kenyataan itu dibuat oleh Khalid dan Ismail Sabri beberapa hari selepas tersiarnya gambar beliau bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III, yang didakwa mengarahkan serangan dan pencerobohan Sabah pada 2013.

Dalam prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub dan Zureen Elina Mohd Dom mewakili kedua-dua defendan manakala Nurul Izzah diwakili R Sivarasa. #sumber



Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri

Sekianlah artikel Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/mahkamah-benar-saman-nurul-izzah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Benar Saman Nurul Izzah Terhadap Khalid Dan Ismail Sabri"

Posting Komentar