PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI

PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI
link : PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI

Baca juga


PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI

KUALA LUMPUR – Kesanggupan gabungan pembangkang PKR untuk ‘menjilat ludah sendiri’ dengan berkempen menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meletakkan mereka dalam keadaan yang sangat terdesak.

Manakan tidak, jika dahulu merekalah yang paling tegas menolak pemberian BR1M sehingga menggelarkannya sebagai rasuah dan dedak, tetapi kini mereka pula yang galak berkempen untuk bantuan tersebut.

Lebih menyedihkan, idea tiruan mereka untuk sekadar mengekalkan BR1M ternyata ketinggalan kerana Barisan Nasional (BN) melalui manifestonya yang inklusif jauh mendahului dengan tawaran penambahan jumlah bantuan dan pengenalan kategori baharu untuk isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000.

Mengulas perkara tersebut, Penganalisis ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Baayah Baba berkata, tindakan gabungan pembangkang PKR untuk mengekalkan BR1M membuktikan langkah kerajaan BN yang memperkenalkan bantuan itu adalah langkah bijak.

Menurut beliau, perkara tersebut juga secara tidak langsung menafikan segala tohmahan yang pernah dilemparkan pemimpin-pemimpin gabungan tersebut terhadap bantuan itu.

“Mereka (gabungan pembangkang PKR) sudah tertelan kata-kata mereka sendiri. Sekarang mereka sudah mengakui bahawa BR1M sememangnya satu bentuk bantuan bersasar yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Baayah berkata, tawaran BN untuk menambah jumlah bantuan dan memperkenalkan kategori baharu membuktikan parti tersebut mempunyai perancangan ekonomi yang lebih baik.

“BN berani membuat tawaran sebegitu kerana mereka tahu mereka mampu, hasil daripada pengenalan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan peningkatan harga petroleum baru-baru ini,” ujarnya.

– UTUSAN ONLINE


PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI

Sekianlah artikel PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/pkr-sudah-tertelan-kata-kata-mereka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR SUDAH TERTELAN KATA-KATA MEREKA SENDIRI – PENGANALISIS EKONOMI"

Posting Komentar