PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO

PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO
link : PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO

Baca juga


PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO

KOTA BHARU 7 April – Lebih banyak drama diramalkan berlaku dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan diketuai DAP apabila gabungan itu bercadang menggunakan logo PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pendekatan tersebut sukar diterima dan hanya akan mencetuskan konflik dalaman memandangkan setiap parti mempunyai ideologi berbeza.

“Saya melihat penggunaan satu logo ini hanya akan cetuskan masalah yang banyak sebab kita tahu perbezaan ideologi dan sikap parti-parti. Mereka sukar terima satu logo, terutama DAP. Takkan dia nak guna lambang PKR. Begitu juga PPBM (Perti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Selain itu, perkara ini juga mengelirukan dan mungkin mencetuskan salah faham dalam kalangan penyokong. Perbalahan sesama mereka merupakan antara yang kita jangka berlaku,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sidang akhbar khas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan tersebut bakal menggunakan logo PKR sebagai logo bersama dalam menghadapi PRU-14 dalam sebuah majlis di Pasir Gudang, Johor.

Pengumuman itu adalah susulan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 kerana gagal mengemukakan maklumat dan dokumen diminta jabatan itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, situasi menimpa PPBM tidak sepatutnya berlaku dan sebagai sebuah negara demokrasi, semua parti perlu diberi peluang bertanding secara adil tanpa menggunakan alasan berkaitan perkara teknikal.

– UTUSAN ONLINE


PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO

Sekianlah artikel PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/perbezaan-ideologi-sukar-terima-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PERBEZAAN IDEOLOGI SUKAR TERIMA SATU LOGO"

Posting Komentar