PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14

PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14
link : PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14

Baca juga


PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14

KUANTAN: DAP Pahang berdepan tamparan hebat apabila pengerusinya, Leong Ngah Ngah menyuarakan hasrat mengundur diri kerana masih belum mendapat kerusi sesuai untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Wakil rakyat selama enam penggal itu dikatakan menolak untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dalam Parlimen Cameron Highlands yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bercakap kepada NSTP, Ngah Ngah, 63, berkata beliau membuat keputusan tidak bertanding DUN Tanah Rata kerana letih melalui perjalanan jauh setiap minggu ke kawasan diwakilinya itu dari rumahnya di Triang, Bera.

“Saya tidak akan bertanding di Tanah Rata pada PRU-14, kedudukannya terlalu jauh, …saya ke sana setiap minggu dari rumah saya di Triang, Bera untuk menjalankan tugas dan perjalanannya amat memenatkan.

“Saya belum tahu lagi kawasan baharu bakal ditandingi pada PRU-14, semuanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan apabila pengumuman dibuat, …kalau tiada kerusi sesuai mungkin saya pencen sahaja,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ngah Ngah menang dengan majoriti 3,144 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ho Yip Kap.

Sebelum PRU-13, Ngah Ngah menang selama lima penggal di DUN Triang dalam Parlimen Bera dan memberi laluan kepada anak perempuannya, Leong Yu Man yang menang dengan majoriti 5,009 undi.

Difahamkan, ada cadangan meletakkannya di kerusi DUN Mentakab dalam Parlimen Temerloh bagaimanapun ia dijangka menjejaskan peluang DAP mengekalkan kerusi itu berikutan perbalahan pemimpin veteran itu dengan pemimpin DAP setempat berpunca akibat pemilihan calon pada PRU-13.

Dalam pada itu, antara pemimpin DAP lain dikhabarkan berpindah kawasan adalah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang akan bertanding di Parlimen Raub.

Tengku Zulpuri yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan akan menggantikan Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz yang dijangka digugurkan berikutan masalah kesihatan dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Ngah-Ngah mengakui nama Tengku Zulpuri adalah antara yang dikenal pasti untuk diletakkan sebagai calon pakatan pembangkang di Parlimen Raub.

“Ya, mungkin beliau akan bertanding sana, …sekiranya parti mengesahkan perkara itu, ia bermakna beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Mentakab diwakilinya kini.

“Pencalonannya itu bukan atas faktor beliau sebagai pemimpin Melayu yang menggantikan pemimpin Melayu lain (Ariff Sabri) untuk mewakili DAP tetapi sebab berkelayakan dan beliau berasal dari Raub,” katanya.


PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14

Sekianlah artikel PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/pengerusi-dap-pahang-enggan-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PENGERUSI DAP PAHANG ENGGAN BERTANDING PRU14"

Posting Komentar