Judul : Najib, Musa buka cerita pengkhinatan Shafie di Semporna
link : Najib, Musa buka cerita pengkhinatan Shafie di Semporna
Najib, Musa buka cerita pengkhinatan Shafie di Semporna
Di depan lebih 14,000 penduduk Semporna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menceritakan buat kali pertama bagaimana persahabatan mereka dikhianati oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Paling terasa sudah tentu bagi Najib yang pernah dianggap 'sahabat karib', sehingga kata Najib kedudukan Shafie dalam UMNO tidak akan meningkat jika tidak kerana pertolongannya.
"Saya tolong Shafie lebih banyak daripada apa yang saya lakukan untuk (Ketua Menteri Sabah) Tan Sri Musa Aman. Musa sudah menjadi ketua menteri apabila saya menjadi perdana menteri.
"Saya membantu Shafie menjadi Naib Presiden UMNO, dari Sabah, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia merupakan peluang luar biasa yang diberikan kepadanya.
"Sekiranya saya tidak berkempen untuknya, dia tidak akan menang," kata Najib di hadapan penduduk Semporna dan penyokong Barisan Nasional pada pelancaran Hab Pelancongan di situ pada Isnin.
Najib berkata selain itu, beliau melantik Shafie sebagai menteri yang menjaga pembangunan luar bandar kerana percaya bahawa portfolio itu akan membantu merangsang kemajuan Sabah.
Najib bagaimanapun berkata, Shafie memilih untuk tidak melakukan kerja dengan tekun dan enggan bekerjasama dengan orang lain.
"Saya telah memberi nasihat kepada Shafie, berulang kali, untuk dia bekerja dengan Musa, tetapi dia (Shafie) tidak dengar."
"Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang...pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian," kata Perdana Menteri.
"Saya masih boleh terima jika anda tidak suka saya, saya tidak meminta anda untuk menjadi setia kepada saya sebagai individu tetapisetia kepada kepimpinan parti, serta kerajaan."
"Saya tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai Shafie, saya terasa sakit apabila bercakap mengenainya."
Shafie meninggalkan UMNO selepas dia digantung dari jawatannya berikutan serangan yang dilakukan terhadap kepimpinan parti.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menceritakan bagaimana beliau sendiri diminta oleh ahli-ahli Umno untuk bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi beliau memberi laluan kepada Shafie untuk mengelakkan dua calon dari Sabah mencari kedudukan yang sama.
"Sebelum itu, pada tahun 2003, semasa pemilihan majlis tertinggi, kami berdua bertanding dan saya menduduki tempat keempat dengan 1,837 undi, manakala Mohd Shafie diletakkan pada kedudukan kelapan dengan 1,672 undi - saya boleh bertanding sebagai jawatan presiden (2009), tetapi saya memberi jalan kepadanya.
"Dia meminta saya untuk membantu (dalam berkempen), saya berkata baik dan saya memanggil semua ketua bahagian di seluruh Sabah untuk sarapan bersama Shafie, saya meminta semua orang untuk menyokongnya sebagai calon tunggal dari Sabah.
"Selepas menang, dia bahkan tidak mengucapkan terima kasih dan sekarang dia berkata Musa Aman sabotajnya.
"Apabila beliau menang (naib presiden UMNO), Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) melantiknya jawatan penting yang tidak pernah dipegang seorang pemimpin Sabah iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah," katanya.
Musa berkata Shafie tidak pernah melawatnya selepas menjadi menteri yang dilantik setiap kali dia kembali ke Sabah, tidak seperti menteri-menteri Persekutuan yang datang dari Sabah.
"Saya telah menganggapnya sebagai abang dan kawan ... Kita berdua rakyat Sabah, kenapa tidak datang (dan memberitahu) Musa ini peruntukan saya (kementerian), kita membincangkan apa yang kita boleh buat di Sabah, itulah yang saya harapkan tetapi tidak pernah berlaku.
"Jika dia mahu saya datang ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengannya di sana, saya pergi tetapi saya tidak pernah mendapat jemputan ... walaupun pintu saya sentiasa dibuka," kata Musa.
Musa berkata lebih mengecewakan apabila Shafie menentang Najib dan mengkhianatinya.
Beliau menambah Najib memberikan sokongan kuat kepada Shafie, sehingga ramai yang menganggap mereka sebagai saudara.
"Pada masa itu Perdana Menteri lebihkan Shafie berbanding saya, tetapi saya tidak kecewa kerana saya tahu Shafie adalah timbalannya (Najib) (di Kementerian Pertahanan).
"Jadi, bagaimana dia sanggup menikam Najib katanya, sambil menyatakan keyakinan kepada rakyat Semporna untuk terus memilih Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14.

Sekianlah artikel Najib, Musa buka cerita pengkhinatan Shafie di Semporna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Najib, Musa buka cerita pengkhinatan Shafie di Semporna linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/najib-musa-buka-cerita-pengkhinatan.html
0 Response to "Najib, Musa buka cerita pengkhinatan Shafie di Semporna"
Posting Komentar