Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman

Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman
link : Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman

Baca juga


Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengecam bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz, dengan berkata beberapa tindakannya yang lalu ketika dalam kerajaan “berbaur perkauman”.

“Saya masih ingat kira-kira 10 tahun yang lalu semasa Perhimpunan Agung Umno, beliau (Rafidah) diserang oleh perwakilan kerana memberikan AP kepada syarikat Bumiputera.

“Apabila beliau menjawab, beliau memberitahu para perwakilan mereka tidak patut marah kerana beliau mengambil AP dari perniagaan Cina dan memberikannya kepada syarikat Bumiputera. Ini adalah apa yang saya sebut sebagai ‘short-sightedness’, dan bagi saya ia berbaur perkauman,” kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan hari ini.

Pertelingkahan itu adalah satu lagi episod antara ahli parlimen semasa dan bekas ahli parlimen itu, selepas Nazri dilabelkan sebagai menteri ‘myopic’ oleh Rafidah, yang juga menuduh kerajaan semasa melaksanakan polisi ‘short-sighted’.

Nazri kemudian mendakwa tindakan lalu Rafidah adalah salah satu sebab utama mengapa majoriti masyarakat Cina tempatan masih menentang Barisan Nasional (BN).

“Apa yang beliau cuba sampaikan kepada kami, bahawa kami harus memuji beliau?

“Beliau merupakan menteri BN ketika beliau melakukan itu. Saya rasa ini adalah permulaan mengapa masyarakat Cina di Malaysia mula membenci BN,” katanya.

Nazri mendakwa tindakan sedemikian telah membawa implikasi bagaimana masyarakat Cina melihat BN secara negatif sehingga kini.

“Akhirnya, kita perlu menderita kerana apa yang dilakukannya,” katanya.

Nazri kemudian menyentuh mengenai isu National Feedlot Corporation, yang banyak dikritik Rafidah.

Nazri berkata satu-satunya sebab beliau masih kritikal terhadap topik itu adalah kerana kecemburuan antara beliau dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

“Ketika beliau (Rafidah) kalah, beliau merupakan Ketua Wanita Umno dan juga penyandang jawatan.

“Bagaimana anda boleh kalah sebagai penyandang jawatan, melainkan anda telah melakukan sesuatu yang salah,” kata Nazri.

Nazri menjelaskan NFC telah memohon pinjaman RM250 juta, di mana RM170 juta telah dibelanjakan untuk perbelanjaan permulaan, wang yang dipanggil ‘wang hangus’.

Beliau menjelaskan bahawa dengan NFC, pinjaman mereka dihentikan serta-merta berikutan tuduhan penyalahgunaan dan tidak dibenarkan beroperasi.

“Sekiranya mereka (NFC) telah dibenarkan untuk menjalankan perniagaan mereka, mereka akan dapat mengembalikan wang itu,” katanya.

Nazri juga menyatakan bahawa RM86 juta daripada NFC masih dibekukan sebagai sebahagian daripada penyiasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Bagi beliau untuk mengatakan bahawa wang itu tidak dibayar balik dan bahawa wang rakyat telah digelapkan, saya rasa beliau tidak patut berkata seperti itu.

“Tidak sepatutnya seseorang yang pernah menjadi menteri selama bertahun-tahun untuk memberikan jawapan yang sangat kebudak-budakan itu,” katanya.

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 3 April 2018


Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman

Sekianlah artikel Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/menurut-nazri-tindakan-lalu-rafidah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menurut Nazri, Tindakan Lalu Rafidah Berbaur Perkauman"

Posting Komentar