Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas

Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas
link : Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas

Baca juga


Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas

KUALA LUMPUR: Salah seorang pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin menyatakan kekecewaannya apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menggunakan logo simbol 'roket' dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Man Hin yang juga bekas Pengerusi DAP berkata, beliau berasa amat sedih kerana kepemimpinan tertinggi yang diketuai Penasihat, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng terpaksa ‘mengorbankan’ logo yang begitu sinonim dengan parti tersebut.

Jelas beliau, DAP sepatutnya meneruskan sahaja hasrat untuk menggunakan logo sendiri dalam PRU14.

“Saya sangat terkejut dan tidak faham mengapa kita memutuskan untuk tidak menggunakan logo kita sendiri.

“Kerisauan utama saya ialah penyokong lama DAP yang telah berusia akan berasa keliru semasa mengundi nanti sekali gus boleh memberi impak kepada prestasi DAP dalam PRU14,” kata Man Hin yang dipetik akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Semalam, Guan Eng mengumumkan DAP tidak akan menggunakan logo roket sebaliknya memutuskan untuk memakai satu logo bersama Pakatan Harapan yang diumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad malam tadi.

DAP telah menggunakan logo roket sejak pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1969.

Walau bagaimanapun, Man Hin yang juga bekas Ahli Parlimen Seremban selama lima penggal berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan parti tersebut.

“Saya tidak akan masuk campur namun tentunya akan menyampaikan rasa kecewa ini kepada Kit Siang dan Guan Eng,” ujar beliau.


Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas

Sekianlah artikel Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/kecewa-dap-tak-guna-logo-roket-pengasas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kecewa DAP tak guna logo 'roket' - Pengasas"

Posting Komentar