ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW

ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW
link : ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW

Baca juga


ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW

Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw mempersoal pendirian gabungan pembangkang PKR yang menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak bersalah terhadap kes penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksual.

Pada masa sama, Seng Giaw turut menyelar tindakan gabungan pembangkang itu yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan tiada bukti menunjukkan perkaitan antara Perdana Menteri dalam isu tersebut.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepong itu turut memetik contoh kes bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat daripada UMNO dan Kabinet itu sebagai mempertahankan pendiriannya terhadap Najib.

“Dalam isu Anwar, saya berpendapat sama bahawa beliau tidak dilayan secara adil dan tiada bukti konkrit terhadap kesalahannya. Kini individu yang mensabitkan Anwar pula berada bersama gabungan pembangkang PKR.

“Mengapa kita boleh kata Anwar tidak bersalah tetapi menuduh Najib pula bersalah? Di mana buktinya?. Itu yang saya meminta selama ini,” katanya seperti dilaporkan oleh portal Berita Daily kelmarin, yang memetik Seng Giaw dalam temu bual di kliniknya.

Seng Giaw sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam parti DAP apabila mengeluarkan kenyataan penafian terhadap penglibatan secara langsung Najib dalam isu 1MDB.

Baru-baru ini, DAP mengumumkan tempat Seng Giaw sebagai calon Parlimen Kepong akan diambil alih Lim Lip Eng yang dipindahkan dari Parlimen Segambut.

Pengguguran itu dipercayai berlaku kerana Seng Giaw terus mempertahankan pendiriannya selama ini bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam kelemahan pengurusan 1MDB.

Dalam pada itu, Seng Giaw turut mendedahkan bahawa beliau telah meneliti laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB beberapa kali dan mendapati tiada bukti Najib terlibat dalam isu tersebut.

“Apa yang anda mahu saya katakan, bahawa Najib bersalah? Tolonglah, bagaimana anda boleh menuduh individu itu bersalah apabila tiada bukti. Apa terjadi kepada prinsip asas innocent until proven guilty (tidak bersalah sehingga terbukti bersalah)?,” soalnya.

Utusan


ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW

Sekianlah artikel ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/anwar-tak-salah-tetapi-tuduh-najib-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ANWAR TAK SALAH, TETAPI TUDUH NAJIB PULA BERSALAH? – SENG GIAW"

Posting Komentar