Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka

Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka
link : Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka

Baca juga


Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menjaga mulut atau segala aib dan kepincangan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri akan didedahkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai manusia biasa, Tun Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan namun semua itu ditutup demi menghormatinya.

Namun, tegas beliau, tindakan Tun Mahathir mengkritik UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hilang sabar.

“Zaman beliau (Tun Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk, Hutan Melintang hari ini.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri pada pukul 9.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Khairuddin Termizi dan lebih 500 perwakilan.

Selepas majlis perasmian, beliau dijadual menghadiri program Rumah Terbuka Jalinan Kasih TPM di Sekolah Menengah Hutan Melintang.


Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka

Sekianlah artikel Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/tun-mahathir-diingatkan-jaga-mulut-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir diingatkan jaga mulut jika tak mahu aib dibuka"

Posting Komentar