Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM...

Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM...
link : Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM...

Baca juga


Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM...

Pakatan Harapan (PH) tiada pilihan selain memupuk politik kebencian di kalangan rakyat kerana mereka sedar hanya itu 'alat' yang boleh digunakan untuk merealisasikan impian mereka memegang tampuk pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, pembangkang sedar mereka tidak akan menang pada pilihan raya umum akan datang sebab itu wujudnya lambakan manifesto populis dengan harapan ada yang terpesona untuk mengundi parti itu.

"Manifesto PH semata-mata bersifat populis kerana mereka tahu PRU akan datang mereka akan gagal. Kerana itu wujudnya lambakan manifesto populis...kot-kot ada orang terpesona nak undi mereka.

"Cuma saya nak jelaskan. Belum pernah berlaku dalam sejarah seorang yang berumum 93 tahun dijanjikan untuk menjadi Perdana Menteri, kemudian dijanjikan memegang pimpinan selama dua penggal bersamaan 10 tahun.

"Bayangkan, 93 tahun tambah 10 tahun lagi, kita bakal ada perdana menteri berumum 103 tahun...ini adalah sejarah. Melainkan, PH yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad membuat u-turn kerana mereka berpegang kepada 'manifesto bukan janji'," katanya pada forum anjuran Mykmu.net bertajuk “Manifesto Pakatan: Realiti atau Ilusi” pada Khamis malam.

Turut hadir sebagai ahli panel ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Nazir Akhtar Husien , Ahli akademik Universiti Utara Malaysia KL, Prof. Madya Dr. Noor Sulastry Yurni Datuk Ahmad Othman Yeop Abdullah dan Editor Agendadaily , Helme Hanafi bertindak sebagai moderator.

Tambah Budiman, PH membuat janji populis kerana mereka tiada pengalaman dalam memeritah negara dan telah dipahatkan di dalam minda mereka, sebagai pembangkang mereka layak menjanjikan bulan bintang.

"Pembangkang memegang kata manifesto bukan janji rentetan daripada isu seramai 2020 orang ibu tunggal di Selangor menuntut janji kerajaan negeri iaitu RM100 ringgit jika berjaya memerintah Selangor.

"Tapi, mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa manifesto itu bukan janji. Jadi pembangkang berpegang kepada kata-kata itu sebab itu. Kalau ikut sejarah, manifesto PH boleh dipersoalkan mengenai intergritinya. Diperingkat awal lagi manifesto mereka boleh dipersoalkan," katanya.

Tambahnya, Tun Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, kata-kata seolah ditujukan kepada dirinya sendiri kerana kini beliau sering mengeluarkan kata-kata terlupa atau membuat u-turn.

"Mahathir pernah kata Melayu mudah lupa. Ini memberi gambaran kepada dia yang mudah tabur janji dan mudah lupa. Kebetulan pula diputuskan manifesto bukan janji, maka mereka rasa boleh buat apada saja. Laksana atau tidak itu perkara nombor dua," katanya.


Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM...

Sekianlah artikel Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/tiada-dalam-sejarah-individu-93-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada dalam sejarah individu 93 tahun ditawar jadi PM..."

Posting Komentar