Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta - Hallo sahabat
Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita,
Artikel Budaya,
Artikel Kabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Melayu,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Ragam,
Artikel Sosial,
Artikel Terbaru,
Artikel Terkini,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Jutalink :
Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta
Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta
KUALA LUMPUR: Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) milik suami ketua Wanita UMNO masih berhutang RM248 juta dengan Putrajaya selepas skandalnya dibongkar KEADILAN.
Fakta itu diketahui menerusi jawpan Kementerian Kewangan kepada soalan lisan Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat.
Sim mengajukan soalan tentang jumlah soft loan yang masih belum dibayar balik NFC kepada Putrajaya setakat Disember 2017.
“Untuk makluman Yang Berhormat, baki pinjaman belum selesai NFC sehingga 31 Januari 2018 berjumlah RM248,194,737.81.
“NFC telah membuat bayaran balik pinjaman kepada kerajaan sebanyak RM34.98 juta pada 2012 dan 2013.
“Jumlah wang sitaan NFC dan syarikat berkaitan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berjumlah RM46,934,703.17,” jawapan Kementerian Kewangan dipetik.
Pada 2011, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan pembelian unit kondominium mewah oleh NFC yang dimiliki Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Skandal tersebut mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara pada 2010 juga mendedahkan NFC gagal mencapai sasarannya untuk menternak 8,000 ekor baka lembu di Gemas, Negeri Sembilan.
Kegagalan itu berlaku selepas NFC diberikan pinjaman mudah RM250 juta dan geran mudah sebanyak RM6 juta oleh Putrajaya dan tanah seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan. #sumber
Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta
Sekianlah artikel Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/syarikat-nfc-milik-suami-ketua-wanita.html
Related Posts :
Sebelum Berkuasa Ramai Yang Memujinya...Dengan Demokrasinya...Kini Macam Sial Menindas Kaum Minoriti
Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta m… Read More...
Majlis Peguam Persoal "Serbuan Polis" Tanpa Kehadiran Peguam
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia melahirkan kebimbangan dengan tindakan polis yang menyerbu premis Bersih dan Pusat Kesedaran Komuniti… Read More...
Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya
KUANTAN: Gabungan NGO Islam Pahang hari ini telah mengeluarkan satu resolusi mengutuk sekeras-kerasnya penindasan dan kezaliman yang dil… Read More...
MAPIM Bersama 28 NGO Sedia Menghantar Misi Flotilla Bantu Rohingya
KUANTAN: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 28 Badan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa sedia menghantar mi… Read More...
Berapa ramai ahli secara spiritual masih bersama Umno, soal PPBM Minderjeet Kaur | November 30, 2016 Ketua sayap Wanita PPBM berkata, Khairy Jamaluddin perlu bimbang tentang Umno dan bukannya melancarkan perang politik dengan parti berusia 2 bulan. anina-saadudin_kj_umno_600_new KUALA LUMPUR: Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menyoal sama ada Khairy Jamaluddin sedar berapa ramai daripada 3 juta ahli parti itu yang secara spiritual masih bersama Umno. Beliau yang juga ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kepimpinan Umno kini harus sedar sama ada ahlinya masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepimpinan parti. “Khairy perlu memberi fokus membawa kembali semangat Umno dan bukannya bimbang tentang kami (PPBM) atau berapa ramai penyokong kami. “Terdapat ramai daripada mereka pada perhimpunan (Perhimpunan Agung Umno) itu tetapi adakah kepercayaan mereka masih terhadap Umno seperti sebelum ini. Jika tidak, mereka harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak?” soal beliau. Beliau berkata, Khairy harus berusaha menerapkan kepercayaan dalam parti dan bukannya melancarkan perang politik dengan PPBM melainkan jika parti baru itu mampu menjadi ancaman besar kepada Umno. “Beliau perlu bertanya mengapa mereka menghadapi ini (masalah). Mengapa ramai ahli Umno tertanya-tanya sama ada mereka harus bersama parti itu,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai ucapan Khairy hari ini untuk perwakilan Umno. Anina berkata PPBM bukan sahaja akan bertanding di semua kerusi kuat Umno di kawasan luar bandar tetapi “di semua kawasan yang Umno pertandingkan. Di mana sahaja mereka bertanding, kita akan bertanding,” katanya. Beliau juga memberitahu FMT mula memakai tudung sejak 29 Nov. Anina menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan permintaan orang bawahan. “Saya menghormati pendapat rakyat kerana saya tahu mereka suka saya. Tetapi hari ini, saya memakai hijab, bukan kerana sesiapa memaksa saya. Hati saya memberitahu saya untuk berbuat demikian kerana saya kini bersedia untuk fasa baru dalam hidup,” katanya. Khairy, ketua Pemuda Umno semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 30 November berkata Umno dan PPBM akan berkempen terhadap penyokong yang sama, dan kesetiaan yang terbahagi adalah membimbangkan. Oleh itu, beliau menghantar satu mesej yang jelas kepada perwakilan, dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, akan wujud garisan dan tiada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara sembunyi bersimpati dengan PPBM. Ahli Parlimen Rembau itu juga memberi amaran jangan memandang rendah terhadap PPBM. Khairy juga mendedahkan terdapat berita yang tersebar tentang bagaimana kepimpinan PPBM mengarahkan penyokong mereka dalam Umno mengekalkan kesetiaan dan mengejutkan Umno dengan serangan hendap apabila pilihan raya umum diadakan. Anina dipecat daripada Umno pada September tahun lalu selepas memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno serta pemimpin utama parti lain berhubung dakwaan pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Minderjeet Kaur
Ketua sayap Wanita PPBM berkata, Khairy Jamaluddin perlu bimbang tentang Umno dan bukannya melancarkan perang… Read More...
0 Response to "Syarikat "NFC" Milik Suami Ketua Wanita UMNO Masih Lagi Hutang RM248 Juta"
Posting Komentar