Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu

Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu
link : Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu

Baca juga


Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu

Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming  mahu mengundur diri sekiranya Pakatan Harapan kalah di negeri ini pada PRU 14 hanya helah taktik politiknya   untuk menyelamatkan kredibiliti dan juga sokongan pengundi terhadap DAP yang semakin merosot.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berpendapat tindakan Kor Ming itu sebagai tindakan untuk mengugut  pengundi bagi menyelamatkan kredibiliti  dan sokongan pengundi yang semakin  merosot terhadap parti itu.

``Usahlah mengugut pengundi dengan taktik politik yang tidak beretika kerana ugutan seumpama itu tidak menghormati kebebasan pengundi untuk mengundi mengikut hasrat ataupun pendapat mereka sendiri.

``Sebagai seorang ahli Parlimen dan wakil rakyat yang senior ini tidak seharusnya berlaku,’’ katanya kepada Agendaily selepas majlis makan melawan MCA bersama Media dan badan bukan kerajaan (NGO) di Hotel WEIL, Ipoh pada Rabu.

Datuk Heng menjelaskan beliau masih ingat peristiwa lima tahun lalu apabila DAP mengejek MCA bahawa MCA masih memegang jawatan Kabinet walaupun kalah kepada DAP.

``Saya masih ingat masa itu Tan Sri  Chua Soi Lek telahpun membuat satu keputusan sekiranya masa pilihan raya umum ke13 keputusan MCA itu kurang daripada pilihan raya umum ke-12…kita tidak akan menyertai Kabinet..sebenarnya masa itu Tan Sri Chua Soi Lek  Presiden MCA.

``Keputusan yang dibuat itu kerana  kita ingin menunjukkan kepada pengundi tentang keikhlasan MCA untuk berkhidmat dan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat  dan sekiranya tidak diberi mandat maka  kita tidak akan menyertai Kabinet… tetapi masa itu DAP termasuk Nga Kor Ming telahpun menguar-uarkan…putar belitkan keputusan MCA sebagai sesuatu yang memeras ugut pengundi cina pada masa itu.

``Jadi sekarang Kor Ming membuat perkara yang sama ..kerana dia kata kalau dia tak menang akan undur diri …itu lebih dashyat lagi kerana ini bagaikan merajuk ..jadi bagi pendapat saya bila kita ingin menuding jari kepada orang lain tiga jari itu harus menuding balik pada diri sendiri.

`Jadi apa yang Kor Ming lakukan sendiri ini bercanggah dengan apa dia pertikai tentang MCA lima tahun  dulu…ini adalah sesatu yang melucukan bagi saya kerana mungkin beliau (Kor Ming) mudah lupa tentang perlakuannya dulu,’’ katanya.

Datuk Heng juga berpendapat tindakan Kor Ming mengeluarkan kenyataan itu kerana beliau mungkin  kurang  yakin dengan sokongan pengundi khususnya daripada masyarakat Cina terhadap DAP ekoran daripada beberapa kes penyelewengan kuasa yang berlaku khususnya di Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng.

Menurut beliau dengan kejadian banjir besar di Pulau Pinang baru-baru ini  jelas membuktikan  kegagalan DAP dan Pakatan Harapan  mentadbir sebuah negeri.

``Jadi kalau sebuah negeri tak boleh diurus dengan baik bagaimana kita boleh mengharapkan  mereka untuk memimpin sebuah negara? ‘’ tegasnya.

Nga dalam satu temuramah disiarkan China Press dipetik berkata, beliau bersedia mengundurdiri daripada arena politik jika pembangkang gagal berkuasa selepas PRU ke14.


Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu

Sekianlah artikel Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kor-ming-ugut-pengunditahu-nak-kalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kor Ming ugut pengundi...Tahu Nak Kalah Lah Tu"

Posting Komentar