PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT

PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT
link : PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT

Baca juga


PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT

Pergerakan Pemuda UMNO Perak berpegang kepada ketetapan siapa juga yang diangkat menjadi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, pergerakan itu akan memastikan calon berkenaan membawa bendera kemenangan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihaknya tidak kisah sama ada pucuk pimpinan mahu mengekalkan muka lama ataupun calon baharu, kerana yang lebih penting dan menjadi keutamaan ialah kemenangann BN.

“Kita berpegang kepada ketetapan pemimpin, siapa juga yang akan mereka angkat nanti kita akan pastikan untuk membawa kepada kemenangan BN.

“Siapa yang juga yang diangkat waima kekalkan ketua UMNO bahagian atau mengantikan kepada calon baruke… calon lama atau calon baru ke kita akan tetap dengan pendirian kita lebih mengutamakan BN itu sendiri,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Selasa.

Khairul yakin pucuk pimpinan lebih layak dalam menentukan perkara itu dengan mengambil kira semua pandangan dalam segala aspek.

“Kita sebenarnya yakin pucuk pimpinan lebih hebat dari segi menilai… Pandai dari segi menentukan siapa yang sesuai dijadikan calon untuk membawa bendera BN, itu yang penting.

“Cuma bagi pihak saya…. Saya selaku pemimpin parti… Saya lebih menekankan kepada kepentingan hirarki parti itu penting…. Cumanya akhir sekali kalau siapa nak diangkat jadi calon no problem…. Kita pastikan jentera kerja keras memenangkan calon yang akhirnya BN kekal di Perak dan Persekutuan dalam kerajaan BN itu yang penting,” katanya.

Beliau menjelaskan UMNO telah lama bekerja keras sejak pilihan raya umum ke 13 lalu dan yakin tiada perbalahan berlaku dalam parti.

“Takkan kerana sikit hal akhirnya last lap (pusingan) nak jatuhkan motor untuk pergi ke penamat?” katanya.

Khairul juga memberitahu pemberita bahawa Pemuda Perak berharap pucuk pimpinan parti mengenengahkan jumlah calon muda melebihi daripada yang disenaraikan pada PRU13 lalu.

“Kita telah mengusulkan senarai calon kepada Ketua Pemuda UMNO dan mengharapkan pucuk pimpinan memberikan perhatian dan penilaian terbaik dalam perkara ini,” katanya.


PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT

Sekianlah artikel PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/pemuda-umno-perak-ikrar-sokong-siapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEMUDA UMNO PERAK IKRAR SOKONG SIAPA SAJA CALON PILIHAN PUSAT"

Posting Komentar