PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?

PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?
link : PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?

Baca juga


PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?

Beberapa penganalisis politik meramalkan Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa pada minggu depan untuk membolehkan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Mereka meramalkan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihanraya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Penganalisis Politik, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tidak perlu parlimen dilanjutkan jika semua urusan dapat diselesaikan.

“Berkemungkinan semua urusan dapat diselesaikan pada akhir Mac ini sekali gus parlimen dibubarkan.

“Segala-galanya boleh buat sebelum bulan ramadan, dan bulan ramadan boleh beri perhatian kepada amal ibadat,” katanya kepada Utusan Online.

Sementara itu, seorang lagi Penganalisis Politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, seperti sedia maklum PRU-14 membabitkan persempadanan kawasan pilihan raya dan jika diluluskan minggu depan mungkin parlimen dibubarkan.

“Saya jangkakan PRU-14 akan berlangsung antara 1 hingga 4 Mei ini.

“Secara teori dan pengalaman sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mungkin boleh menang. Bagaimanapun kali ini getir bagi semua pihak samada BN ataupun pihak pembangkang.

“Kedua-dua parti mengharapkan kemenangan,” katanya.

Manakala, Prof. Hoo Ke Ping pula meramalkan Parlimen dibubarkan selapas 6 April.

“Memang sebelum puasa semua urusan boleh diselesaikan, namun untuk Parlimen dibubarkan perlu diberi sedikit masa.

“Persempadanan semula kawasan pilihanraya sangat penting bagi BN.

Tambahnya, persempadanan semula kawasan pilihan raya pula akan membolehkan seseorang wakil rakyat berkhidmat dan menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan lebih efektif. – UTUSAN ONLINE


PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?

Sekianlah artikel PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/parlimen-dibubar-minggu-depan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PARLIMEN DIBUBAR MINGGU DEPAN?"

Posting Komentar