Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen

Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen
link : Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen

Baca juga


Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen

SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah membidas PAS Selangor, yang mengaitkan wujud campur tangan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu dalam isu sekatan peruntukan terhadap 13 ADUN PAS.

Saifuddin menegaskan PH Pusat langsung tiada kena mengena dengan masalah berkenaan, memandangkan ia adalah di bawah urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kelmarin Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mendakwa bahawa mungkin ada campur tangan daripada PH pusat, selepas sehingga kini kesemua ADUNnya masih tidak menerima dana daripada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Tiada, langsung tiada (kaitan).

"Kita langsung tidak tahu menahu perkara ini, ini adalah urusan pentadbiran negeri Selangor dan kita ada kepercayaan penuh kepada Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sallehen dalam satu sidang medianya mendakwa mungkin wujud campur-tangan daripada PH Pusat berhubung sekatan dana terhadap ADUN PAS di negeri itu.

Katanya, beliau tidak menolak ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keberadaan PAS di negeri itu meskipun akur kerajaan negeri kini adalah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Isu peruntukan dana terhadap 13 ADUN PAS masih belum diselesaikan apabila kesemua wakil rakyat parti itu belum mendapat sebarang dana meskipun sudah memasuki bulan ketiga (Mac) untuk 2018, hari ini.

Malah menurut Sallehen, kesemua ADUN parti itu terpaksa menggunakan wang peribadi untuk menjalankan program bersama rakyat pada ketika ini.

Azmin sebelum ini menafikan dana itu disekat namun mengalami masalah teknikal.

PAS Selangor kemudiannya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Azmin bagi menyelesaikan isu tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.


Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen

Sekianlah artikel Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/beku-peruntukan-saifuddin-abdullah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Beku peruntukan: Saifuddin Abdullah bidas Sallehen"

Posting Komentar