Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna

Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna
link : Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna

Baca juga


Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna

KOTA BHARU – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu mendakwa mereka dipergunakan apabila terpaksa mengeluarkan dana sendiri bagi menjayakan keseluruhan program yang dilaksanakan untuk parti itu.
Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu, Normala Abd Kadir berkata sejak pembabitannya dalam parti itu tiga tahun lepas, pihaknya tidak menerima sebarang dana daripada PPBM bagi melaksanakan program parti.

“Sebaliknya kebanyakan dana diusahakan sendiri oleh anggota atau ketua bahagian masing-masing sedangkan parti ini ditubuhkan oleh seorang yang kaya-raya. Bagi saya, ini sudah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya yang ingin memperjuangkan nasib rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Normala berkata sekiranya benar PPBM ingin memperjuangkan rakyat, pucuk pimpinan yang perlu mengeluarkan dana bagi menggerakkan aktiviti parti.

Tetapi katanya perkara sebaliknya yang berlaku dan ia dianggap sebagai satu penyelewengan kepada mereka dan juga penyokong lain parti itu.

Normala berkata mereka juga terkilan dengan kenyataan pucuk pimpinan parti itu yang meminta anggotanya keluar parti jika tidak dapat bersabar dalam keadaan tersebut.

Katanya kenyataan itu seperti menindakkan sumbangan mereka kepada parti sebelum ini yang meluangkan masa, tenaga serta wang ringgit sendiri untuk menggerakkan parti.

“Dalam hal ini adakah PPBM sekarang benar-benar hendak perjuang nasib rakyat atau sekadar hendak menjaga kepentingan tertentu bagi mendapatkan semula kuasa,” katanya.

Beliau turut menyifatkan isu itu bukan sahaja boleh menggugat keyakinan anggota PPBM tetapi juga kekangan besar parti untuk menawan Kelantan.

Pada masa sama Normala berkata beliau bersedia menerima sebarang tindakan yang bakal dikenakan berikutan menyuarakan ketidakpuasan hati itu.

Normala juga merancang untuk meletak jawatan dan berkata pengundurannya mungkin akan mempengaruhi lebih 500 anggota Srikandi Kota Bharu. – BERNAMA


Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna

Sekianlah artikel Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/srikandi-ppbm-bahagian-kota-bharu-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Srikandi PPBM Bahagian Kota Bharu Dakwa Diperguna"

Posting Komentar