Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA

Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA
link : Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA

Baca juga


Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA

KETERUJAAN Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd. Rafizi Ramli menabur fitnah dan menghasut rakyat telah melampaui batas perundangan negara kita. Ramai rakyat yang teraniaya disebabkan terpengaruh dengan hasutan Rafizi.

Masih ingatkah lagi ketika Rafizi membuat fitnah mengenai Tabung Haji sehingga menyebabkan segelintir rakyat yang terpedaya dengan hasutan tersebut mengeluarkan wang simpanan mereka dari institusi tersebut sehingga menyebabkan mereka kerugian hibah yang tinggi dan terlepas peluang untuk menunaikan haji.

Cara pembangkang menabur fitnah adalah berdasarkan cerita “half-truth”. Dalam melaksanakan perancangan jahat beliau, Rafizi sanggup melanggar Akta BAFIA untuk mendapatkan dokumen bagi merekayasa fitnah separuh benar tersebut.

Dalam perkara ini, apabila beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) maka sudah tentu bukan kerana dianiaya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan bertanggungjawab mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd., enam tahun lalu.

Hakim Zamri A. Bakar turut menjatuhkan hukuman sama ke atas bekas kerani sebuah bank, Johari Mohamad, 47, selepas turut didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.

Rafizi, didakwa atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Namun seperti biasa, pembangkang menuduh kononnya Rafizi dianiaya sedangkan beliau dihukum kerana melanggar Akta BAFIA.


Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA

Sekianlah artikel Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/rafizi-kena-penjara-bukan-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rafizi Kena Penjara Bukan Sebab Dianiaya Tapi Kerana BAFIA"

Posting Komentar