PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL

PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL
link : PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL

Baca juga


PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berazam akan menghapuskan legasi tol yang ditinggalkan bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti pribumi Bersatu Malaysia Bersatu (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden UMNO itu telah memberi gambaran kerajaan di bawah pentadbiran beliau bersedia untuk menghapuskan lebih banyak tol yang ada di negara ini pada masa depan.

Beliau berkata, pemimpin terdahulu amat suka dan mempercayai sistem bertol namun ini amat berbeza dengan beliau yang menegaskan tidak suka kepada tol.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin terdahulu tersebut tetapi dipercayai dan jelas ia merujuk kepada Mahathir yang lebih dikenali sebagai ‘Bapa Tol Malaysia’ selama ini.

Perdana Menteri menyifatkan kutipan tol dalam bandar hari ini sebagai menyakitkan hati dan ia menjadi punca kesesakan lalu lintas.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, beliau tidak percaya jika kenakan tol secara harian adalah baik kepada rakyat dan ia perlu dihapuskan.

“Kalau keadaan sesuai saya mampu mansuhkan tol, ia menyakitkan hati dan penyebab kesesakan lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan..

Beliau berkata demikian semasa sesi perkongsian #Bajet 2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kerajaan sedang membina Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak ada tol kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan boleh menghapuskan tol namun beliau perlu menangani perkara-perkara berhubung dengannya terlebih dahulu yang dicetuskan oleh legasi sebelum ini.

“Saya perlu selesaikan beberapa masalah legasi sebelum ini, saya akan selesaikan apa sahaja yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penghapusan kutipan dua plaza tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor. Manakala, dua lagi kutipan yang turut dihapuskan ialah Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), Johor.


PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL

Sekianlah artikel PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pilih-najib-partinya-untuk-negara-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PILIH NAJIB & PARTINYA UNTUK NEGARA YANG BEBAS DARI LEGASI TOL"

Posting Komentar