Judul : PENIAGA DIDENDA RM20,000 ATAS KESALAHAN MUAT NAIK KANDUNGAN HINA NAJIB
link : PENIAGA DIDENDA RM20,000 ATAS KESALAHAN MUAT NAIK KANDUNGAN HINA NAJIB
PENIAGA DIDENDA RM20,000 ATAS KESALAHAN MUAT NAIK KANDUNGAN HINA NAJIB
Seorang peniaga didenda RM20,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah bagi empat pertuduhan memuat naik empat kandungan komunikasi berunsur jelik berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di laman Facebook miliknya dua tahun lepas.
Azhar Mamat, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
Hakim Zaman menjatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan itu terhadap Azhar. Dia membayar denda itu.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa anak tiga itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook “Azhar Mamat” dan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain antara 10.16 malam, 21 Julai 2016 dan pada 8.27 malam, 27 Julai 2016.
Azhar turut mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook “Azhar Mamat” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada 8.28 malam, 29 Julai 2016.
Kesemua pautan itu dibaca di Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia, Tingkat 11, Menara A, Pandan Capital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah pada 7.00 malam, 15 Ogos 2016.
Pendakwaan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria memohon hukuman setimpal atas alasan kesalahan dilakukan Azhar boleh menjejaskan maruah dan reputasi Perdana Menteri dan Peguam Negara.
“Tindakan OKS ini seolah-olah tidak menghormati dua pemimpin negara dan boleh memberi imej buruk kepada mereka,” katanya.
Peguam Adlizan Noor, mewakili Azhar, merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung isteri tidak bekerja dan anak masih bersekolah serta ibu menghidap sakit tua dengan pendapatan RM3,000 sebulan.
Mengikut fakta kes, seorang individu membaca empat kandungan status berunsur komunikasi jelik dimuat naik Azhar.
Hasil siasatan mendapati akaun itu milik Azhar, yang memuat naik status itu dan individu berkenaan membuat laporan kepada SKMM. – BERNAMA

Sekianlah artikel PENIAGA DIDENDA RM20,000 ATAS KESALAHAN MUAT NAIK KANDUNGAN HINA NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PENIAGA DIDENDA RM20,000 ATAS KESALAHAN MUAT NAIK KANDUNGAN HINA NAJIB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/peniaga-didenda-rm20000-atas-kesalahan.html
0 Response to "PENIAGA DIDENDA RM20,000 ATAS KESALAHAN MUAT NAIK KANDUNGAN HINA NAJIB"
Posting Komentar