Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN

Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN
link : Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN

Baca juga


Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap keceriaan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dapat membawa tuah kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
 
Katanya situasi semasa negara yang sangat memberangsangkan juga dilihat membawa keceriaan kepada rakyat yang terus menunjukkan keyakinan kepada kerajaan.
 
"Saya lihat susana hari ini, pada tahun ini meriah barangkali kerana rasa keceriaan rakyat dalam ekonomi berkembang 5.9 peratus tahun lalu, saham pun sudah naik, ringgit pun lebih kukuh, keyakinan terhadap masa depan negara kita menyerlah.
 
"Maka sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini saya kira disambut dalam suasana ceria dan sangat meriah... mudah-mudahan kita doalah tahun baharu lunar ini memberi sesuatu keputusan yang sangat memberangsangkan kepada kerajaan," katanya semasa ditemubual TV3 pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur Jumaat.
 
Turut hadir ke majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Terdahulu, ketibaan Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid ke majlis sambutan itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.
 
Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam di majlis itu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Presiden myPPP Tan Sri M.Kayveas selain beberapa menteri kabinet.
 
Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai juadah dan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri


Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN

Sekianlah artikel Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/najib-harap-keceriaan-tahun-baharu-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib harap keceriaan Tahun Baharu Cina bawa tuah kepada BN"

Posting Komentar