Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni

Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni
link : Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni

Baca juga


Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni

PETALING JAYA: Jika Amanah merasakan partinya lebih berpengaruh, PPBM tiada masalah untuk memberi laluan kepada parti berkenaan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sungguhpun berhasrat untuk meletakkan calon di kerusi yang sama.

Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman berkata jika diukur dari segi tahap kekuatan antara kedua-dua parti, PPBM dilihat lebih kuat untuk dibandingkan dengan parti serpihan PAS itu.

“Saya nak mati di tempat saya juga, tapi Kota Bharu ini ada orang fikir dia lebih hebat, jadi saya serahkan, saya sokong dari belakang.

“Amanah nak bertanding di Kota Bharu silakan. Saya alu-alukan dia sebab saya nak sokong dia.

“Dia mungkin betul dia kuat saya tidak tahu, tapi rasa saya saya pun popular juga,” katanya dalam sidang media di Bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya sebentar tadi.

Abd Rashid berkata sokongan terhadap Amanah untuk bertanding di kerusi Kota Bharu dilakukan atas semangat Pakatan Harapan (PH).

“Tetapi saya sebagai ketua saya taknak perpecahan. Saya kata kalau nak, ambil kerusi ini. Berbaik sesama kita. Sebagai tanda kita ini bersatu dan masing masing parti cuba sedaya upaya. Kita mungkin dapat satu kerusi. Saya bukan jenis nak jadi calon. Saya nak tengok parti ini disusun rapi dan boleh hadapi pilihan raya,” jelasnya.

Kerusi Kota Bharu dimiliki PAS menerusi calonnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang memenanginya pada PRU13 dengan majoriti besar 15,970 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh yang mendapat undi 24,650.

Sebanyak 81,268 pengundi Parlimen Kota Bahru pada PRU13, iaitu 83% daripadanya Melayu, 16% Cina dan India 1%.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PPBM Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor tidak menolak kemungkinan beliau bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.

Namun katanya, keputusan muktamad bakal diputuskan oleh Majlis Presiden.

“PPBM akan meletakkan calon di situ. Belum diputuskan. Dari segi disiplinnya yang buat pengumuman calon ni ialah presiden parti jadi kita tunggu lah saya tidak mahu dilihat mendahului,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini timbul desas desus mengatakan Kamaruddin yang juga Ketua Penerangan PPBM  bakal bertanding di kerusi berkenaan.

Ini sekaligus mewujudkan pertandingan tiga penjuru dengan PAS, yang disebut-sebut bakal meletakkan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Umno pula dikatakan akan meletakkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai calonnya di Pasir Puteh.


Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni

Sekianlah artikel Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/jika-amanah-rasa-kuat-ppbm-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni"

Posting Komentar