Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola

Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola
link : Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola

Baca juga


Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola

Macam bola, ditendang ke sana ke mari... tapi peruntukan tahunan untuk ADUN PAS yang membentuk kerajaan negeri Selangor sebanyak RM800,000 setiap ADUN masih belum diperolehi.

Apabila PAS bising dan ugut nak mengadap sultan, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kata pergi jumpa Pegawai Daerah dan apabila jumpa Pejabat Daerah suruh jumpa Menteri Besar.

Azmin yang naik jadi MB atas sokongan PAS, nampaknya jadi 'kacang lupakan kulit' kerana sanggup buat ADUN-ADUN PAS susah dengan beku peruntukan.

Tanpa PAS, Azmin jangan mimpi hendak jadi MB sebab DAP dan sebahagian ADUN PKR lebih suka calon lain dari Azmin.

Kini selepas dua tahun berkuasa, Azmin sudah mula lupa jasa PAS kepadanya, ini selepas percubaan Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi untuk bertemu dengan Azmin juga gagal, selain khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Sallehen yang juga ADUN Sabak mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Azmin tidak membalasnya, kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

“Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana,” katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada Pegawai Daerah sepertimana diarahkan Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat PAS masih belum menerima peruntukan terbabit.

“Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah...sebab itu geng (sekutu) mereka.

“Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah,” katanya.


Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola

Sekianlah artikel Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/habis-madu-sepah-dibuang-azmin-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Habis madu sepah dibuang... Azmin buat Sallehen macam bola"

Posting Komentar