DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL

DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL
link : DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL

Baca juga


DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mula sedar bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti yang gagal sehingga beliau dikatakan merancang untuk bertanding di bawah tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Dr. Mahathir sebagai seorang yang bijak mengambil pe­luang tidak akan membiarkan survival politiknya terhenti hanya disebabkan PPBM tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang Me­layu.

“PPBM adalah sebuah parti yang gagal, Dr. Mahathir hanya mencari sebab dan punca untuk menga­baikan parti yang diasaskannya untuk melompat kepada DAP.

“Dr. Mahathir telah mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di bawah tiket DAP dan dia pastinya akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menjadi punca kepada tindakannya itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UM­NO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mahu Dr. Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz memberi penjelasan sama ada dakwaan yang menyatakan mereka merancang untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU-14 adalah benar atau sebaliknya.

Mohd. Puad yang membangkitkan persoalan itu selepas timbul dakwaan bahawa PPBM yang baharu berusia setahun jagung gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu khusus­nya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dr. Mahathir tahu beliau terpaksa merendahkan egonya untuk be­kerjasama dengan DAP menerusi perjanjian rahsia bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi me­numpang undi kaum Cina yang menyokong parti tersebut.

“Dr. Mahathir telah kehila­ngan undi kaum Melayu dan dia terpaksa bergabung dengan DAP demi kepentingan politiknya,” katanya.

Tambah Tunku Abdul Aziz, Dr. Mahathir juga bakal mengabaikan pengikut setianya di dalam PPBM dan mendapatkan perlindungan daripada DAP untuk meneruskan ke­sinambungan politiknya di negara ini.


DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL

Sekianlah artikel DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/dr-m-sedar-ppbm-parti-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL"

Posting Komentar