Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa

Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa
link : Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa

Baca juga


Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa

Prestasi kukuh ekonomi Malaysia telah diiktiraf oleh pelbagai entiti antarabangsa meskipun ada pihak yang masih spektikal mengenainya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ekonomi Malaysia yang mampan telah mendapat penarafan yang amat baik daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bank Dunia dan Tabung Dana Antarabangsa (IMF).

Menurut beliau, pertumbuhan 5.9 peratus yang dicapai pada tahun 2017 adalah yang tertinggi di dunia adalah gambaran sebenar prestasi Malaysia, selain kadar inflasi dan pengangguran rendah,

“WEF iktiraf Malaysia sebagai negara paling kompetitif dunia memperbaiki kedudukan dari tangga ke-25 naik ke-23. WTO puji Malaysia kerana hala tuju ekonomi kita betul dan dasar-dasar yang dilaksanakan telah membuahkan keputusan baik.

“Moody’s dan Fitch Ratings datang Malaysia, semak semuanya sebelum memberi penarafan. Mereka bukan datang jumpa saya tetapi agensi-agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia.

“Kalau ada orang kata kononnya kita bankrap tetapi kita dalam negara kategori A. Di Eropah negara yang berada dalam kategori B adalah Sepanyol, Itali dan Rusia. Di ASEAN, kita dan Singapura dalam kategori A, yang lain B. Kalau hendak kata kita bankrap tentulah negara kategori B dulu (bankrap).

“Jika dulu semasa krisis kewangan Asia rizab negara kita hanya AS$20 bilion, kita tidak bankrap pun, sekarang rizab kita AS$104 bilion. Kita tidak bankrap,” katanya pada Sesi perkongsian #Bajet2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Pusat Perubatan UKM.

Najib meminta supaya rakyat agar mempercayai negara berada dalam kedudukan baik kerana dasar-dasar yang dilaksanakan termasuk Pelan Transformasi Ekonomi berjalan dengan baik dan sedang dibuktikan dengan hasil-hasilnya.

“Ini dapat dilihat dengan peluang 2.26 juta pekerjaan, kenaikan pendapatan isi rumah 5 hingga 6 peratus setahun dan inflasi 3.5 peratus. Kalau ikut fikiran rasional rakyat tidak boleh merungut,” katanya.

Jelas Najib, kalau negara bankrap sudah tentu kita tidak dapat melihat kren-kren bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan ada projek terbengkalai.

Malaysia yang mengehadkan pinjaman kepada 55 peratus daripada KDNK juga telah dapat mengurangkan hutang kepada 50.4 peratus.


Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa

Sekianlah artikel Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/dakwaan-bankrap-tidak-betul-ekonomi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dakwaan Bankrap Tidak Betul, Ekonomi Malaysia Diiktiraf Antarabangsa"

Posting Komentar