Judul : CALON PRU-14: BAKAL BERLAKU ‘RIBUT BESAR’ DALAM PPBM
link : CALON PRU-14: BAKAL BERLAKU ‘RIBUT BESAR’ DALAM PPBM
CALON PRU-14: BAKAL BERLAKU ‘RIBUT BESAR’ DALAM PPBM
Kekecohan pengagihan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang Negeri Sembilan, Ahad lalu merupakan bibit-bibit awal sebelum berlakunya ‘ribut’ yang lebih besar dalam parti tersebut.
Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, rasa tidak puas hati itu akan menjadi lebih teruk pada hari pengumuman calon kerana individu kegemaran barisan kepemimpinan PPBM yang akan diketengahkan.
“Saya yakin ramai ahli PPBM akan merusuh apabila calon-calon yang akan mewakili parti di Negeri Sembilan kelak terdiri daripada rakan baik Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu sebenarnya telah menunjukkan tembelang kepemimpinan tertinggi PPBM yang sebenar iaitu amalan kronisme yang berleluasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui isu pengagihan kerusi dalam Pakatan Harapan di Negeri Sembilan telah selesai selain menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan rundingan pengagihan kerusi di Selangor.
Dalam masa sama, Kamarul Azman berkata, beliau langsung tidak percaya isu tersebut telah selesai sebaliknya menyifatkan kenyataan Pengerusi PPBM itu hanya ingin ‘menyedapkan’ hati sendiri.
“Bagi Dr. Mahathir mungkin isu itu telah selesai sebab kedudukan anaknya (Mukhriz), Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa kroninya lain telah ditetapkan. Beliau tidak peduli pun keadaan di tempat atau negeri lain,” katanya.
Sementara itu, bekas Exco Perhubungan Pemuda PPBM Klang, Muhayat Ameer Shah berkata, beliau yakin situasi yang sama malah lebih teruk akan berlaku apabila pengagihan kerusi Pakatan Harapan di Selangor diadakan.
Kata beliau, keadaan itu kerana PKR dan DAP tidak akan memberi peluang kepada parti baharu seperti PPBM untuk menerima banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
“Jika di Negeri Sembilan, PKR menerima kerusi paling banyak, saya yakin keadaan yang sama di Selangor. Sudah tentu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu menjaga kedudukan partinya di situ,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Shahrul Anuar Abu Samah memberitahu, beliau mengakui memang ada perbincangan mengenai isu pengagihan kerusi di negeri tersebut namun hanya akan memberi kenyataan rasmi esok.

Sekianlah artikel CALON PRU-14: BAKAL BERLAKU ‘RIBUT BESAR’ DALAM PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca CALON PRU-14: BAKAL BERLAKU ‘RIBUT BESAR’ DALAM PPBM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/calon-pru-14-bakal-berlaku-ribut-besar.html
0 Response to "CALON PRU-14: BAKAL BERLAKU ‘RIBUT BESAR’ DALAM PPBM"
Posting Komentar