Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu

Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu
link : Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu

Baca juga


Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu

Mahathir begitu serius dalam membuat tuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kerajaan menghilangkan berbilion ringgit dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa ada sebarang bukti atau laporan polis yang dibuat. Semuanya hanya tuduhan dan andaian semata-mata.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hanya berani guna media asing dan pihak berkuasa luar negara untuk buat kecoh. Sampai sekarang tidak ada bukti kukuh dan laporan dibuat dalam negara.

Perkara pelik sudah mula berlaku apabila sekarang ini dalam kes sama melibatkan skandal rasuah terowonng bawah laut di Pulau Pinang bernilai ratusan juta, Mahathir diam tidak mengkritik pun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikaitkan ada kepentingan dalam kes berkenaan.

Bukan sekali, sudah dua kali Mahathir diam tidak kata apa-apa. Sebelum ini dalam isu Guan Eng beli banglo harga murah dari pasaran sampai jadi tertuduh di mahkamah, Mahathir sedikit pun tidak suruh Setiausaha Agung DAP itu letak jawatan dan tidak sentuh langsung dalam ceramah politiknya.

Jika Mahathir masih jadi PM lagi di bawah BN, perbuatan Guan Eng inilah yang pertama akan dikritik oleh Mahathir dan dikutuk habis-habisan dalam ceramah BN. Di bawah pembangkang, Mahathir diam terus membisu seribu bahasa tanpa disentuh Guan Eng dan DAP.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita yang merupakan perunding kejuruteraan bagi membantu siasatan skandal projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Difahamkan, wanita itu merupakan perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.

“Beliau dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri,” menurut sumber dari SPRM yang dipetik oleh BERNAMA.

Ketika ini pihak SPRM sedang siasat jika ada individu lain yang turut terlibat bersubahat dalam pemalsuan dokumen itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Isu 1MDB tidak ada bukti hanya gambarajah yang direka sahaja Mahathir boleh bising, tuntutan palsu RM305 juta depan mata dan sudah disiasat SPRM, sedikit pun Mahathir tidak sentuh atau kritik. Persoalan lain yang perlu ditanya sekali, ke mana menghilangnya Rafizi dalam kes terowong ini? Dia dan Mahathir terus diam langsung tidak kutuk Guan Eng.


Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu

Sekianlah artikel Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/skandal-terowong-pulau-pinang-besar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Skandal Terowong Pulau Pinang Besar Tapi Mahathir Dan Rafizi Membisu"

Posting Komentar