Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…

Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…
link : Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…

Baca juga


Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…





SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam pentadbiran negeri yang mendapat mandat daripada rakyat.

Perkara itu dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, berhubung dakwaan pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu pada tahun ini berjumlah RM800,000.

“Sepatutnya kita (kerajaan negeri) mesti membezakan antara parti politik dengan kerajaan. Selepas pilihan raya, parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan.

“Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia adalah satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu diutamakan.

“Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, di Seksyen 17, di sini, hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas isu peruntukan kepada wakil rakyat PAS di Selangor yang didakwa dibekukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Sallehen menyatakan hasrat PAS Selangor mahu mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai jalan terakhir sekiranya kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menyelesaikan masalah pengagihan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu dengan segera.

Sallehen berkata, beliau menerima maklumat berkenaan pembekuan peruntukan itu daripada pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Bagaimanapun, usaha menghadap Sultan Selangor itu hanya akan dilakukan selepas mendapat penjelasan daripada Mohamed Azmin terlebih dahulu.

Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sebarang tindakan berhubung isu itu akan dilakukan Februari depan.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang makluman atau surat dari kerajaan negeri berhubung perkara itu.

“Selalunya, setiap tahun, peruntukan ini diberikan penghujung Januari. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku sampai hujung bulan ini,” katanya – BH



Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…

Sekianlah artikel Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/sekat-peruntukan-presiden-pas-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…"

Posting Komentar