PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?

PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?
link : PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?

Baca juga


PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dijangka akan mengadakan perjumpaan ‘tertutup’ bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatanya ke di New Delhi, India bermula hari ini untuk membincangkan serta menyelesaikan soal senarai calon parti itu untuk mengharungi cabaran Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber yang dipercayai memberitahu The Malaysian Timers (TMT) bahawa Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan akan turut menyertai lawatan tersebut di mana beliau dikatakan akan mengadakan perbincangan yang ‘rapi’ mengenai soal pemilihan calon MIC.

Senarai calon MIC yang dikatakan masih dalam keadaan yang tidak ‘menentu’ kerana beberapa isu kritikal mengenai calon yang sesuai dapat mengalas cabaran parti itu pada PRU14 selepas MIC menerima kekalahan yang teruk pada PRU12 dan 13.

Malah ahli parti di peringkat akar umbi turut mendesak supaya calon yang tewas pada PRU12 dan 13 tidak dicalonkan semula sebagai calon ‘kitar semula’ bagi menjamin harapan masyarakat India serta bagi mempertahankan masa depan parti itu sendiri.

Persoalannya, sama ada MIC akan diberikan semula 9 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri masih tidak dapat dipastikan lagi kerana kepimpinan tertinggi BN kali ini dikatakan menekanan konsep “menang” dan bukannya sekadar kawasan tradisi atas dasar ‘kuota’ yang diamalkan sebelum ini.

BN juga dijangka merombak semula sistem pembahagian kerusi kali ini di kawasan komponen parti itu kalah berturut-turut dua kali ataupun tiga kali di mana satu formula baru dijangka akan diserapkan bagi memastikan kemenangan BN dengan di atas dasar “win-win situation”.

MIC kalah berturut dua kali pada PRU12 dan 13 di Parlimen Sungai Siput, Teluk Kemang, Kapar, Subang dan Kapar.

Memang tidak dapat dinafikan, satu ketika dulu, kawasan-kawasan tersebut merupakan kubu kuat parti itu di mana telah diwakili pemimpin utama parti itu khususnya di Sungai Siput – bekas Presiden Tun S. Samy Vellu, Teluk Kemang – bekas Naib Presiden mendiang Datuk K. Pathmanaban dan Datuk S. Sothinathan, Kapar – Datin Paduka Komala Krishnamoorthy (bekas Ketua Wanita), Kota Raja – bekas Ketua Pemuda MIC Tan Sri S.A. Vikneswaran yang kini merupakan Speaker Dewan Negara dan Subang – Tan Sri K.S. Nijhar.

Agak malang sekali untuk MIC, selepas dua PRU12 dan 13, parti itu tidak mempunyai wakil di Dewan Rakyat sebagai ‘backbenchers‘ untuk membahaskan sebarang isu ataupun membangkitkan isu-isu berkaitan dengan masyarakat India kerana kesemua wakil yang menang menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri.

Kedudukan MIC di negeri Selangor juga menimbulkan pelbagai persoalan sama ada parti itu dapat bangkit semula di Parlimen Subang, Kapar dan Kota Raja manakala di Parlimen Hulu Selangor yang berjaya dipertahankan pada PRU ke 13 yang lepas, sudah ada ura-ura kononya kawasan itu diintai oleh satu lagi parti komponen BN disebabkan beberapa isu politik setempat.

Dr Subramaniam sendiri yang mengalas tanggungjawab sebagai Pengerusi MIC Selangor dikatakan tidak begitu ‘menonjol dan menyerlah’ sepertimana negeri itu dipimpin oleh bekas Presiden parti itu iaitu Tun S. Samy Vellu dan Datuk Seri G. Palanivel satu ketika dulu.

Selangor merupakan ‘tulang belakang’ kepada kekuatan MIC satu ketika dulu sehingga mampu mengegarkan arena politik parti itu. Namun sejak parti itu kalah teruk pada PRU12 dan 13 serta insiden krisis dalaman antara puak Palanivel dan Dr Subramaniam, MIC Selangor umpama sudah ‘tenggelam’.

PENDAFTARAN PENGUNDI

Satu lagi isu yang cukup kritikal ialah pendaftaran sebagai pengundi. Pada tahun lepas Dr Subramaniam sendiri mendedahkan kira-kira 90,000 daripada 570,000 ahli MIC di seluruh negara masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi.

Dr S Subramaniam berkata jumlah itu dianggap besar dan semua cawangan MIC diminta mengesan ahli masing-masing serta mendaftarkan mereka sebelum Jun tahun lepas.

Beliau dipetik berkata: “Kita dapati MIC Selangor menunjukkan bilangan paling ramai ahli yang tidak berdaftar dengan SPR”.

Persoalannya berapa ramai ahli MIC yang dapat dikenalpasti dan sudah didaftarkan di negeri Selangor serta seluruh Malaysia?

Apakah kuasa politik MIC dari segi kekuatan ahlinya sebagai pengundi?

Manakala di Cameron Highlands pula, Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas dikatakan cukup yakin parti itu akan diperuntukkan kawasan itu kali ini.

Melalui maklumat yang diterima daripada agensi yang berkaitan, nama Kayveas cukup menyerlah sekiranya diberi peluang untuk bertanding.

Ada juga ura-ura yang mengatakan akan ada ‘pertukaran kerusi’ antara MIC dan parti komponen yang khususnya di negeri Selangor.



PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?

Sekianlah artikel PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pru14-subra-bincang-senarai-calon-mic.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?"

Posting Komentar