Judul : POLITIK MURAHAN PRESIDEN AMANAH MENSENSASIKAN PERTEMUAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN DENGAN DIPLOMAT KESATUAN EROPAH
link : POLITIK MURAHAN PRESIDEN AMANAH MENSENSASIKAN PERTEMUAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN DENGAN DIPLOMAT KESATUAN EROPAH
POLITIK MURAHAN PRESIDEN AMANAH MENSENSASIKAN PERTEMUAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN DENGAN DIPLOMAT KESATUAN EROPAH
Tulis Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin di dalam Facebook beliau hari ini: “Semalam, 25 Januari, (Tun) Dr Mahathir berjumpa dan berbincang selama dua jam dengan diplomat Kesatuan Eropah (European Union) di kediaman Duta EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernández. Hadir adalah 14 Duta dan tiga Charge de Affairs negara-negara EU. Selain Dr Mahathir, Pakatan Harapan turut diwakili oleh Mohamad Sabu, (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman, Tan Kok Wai, Dr Xavier Jayakumar dan (Datuk) Saifuddin Abdullah. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pemerhatian pilihan raya umum akan datang oleh EU (atas jemputan kerajaan Malaysia) dan perkembangan tindakan negara-negara EU tertentu bersabit skandal 1MDB.”
Bagaimanapun, lebih awal mendedahkan mengenai pertemuan ini adalah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Bilik Operasi Pakatan Harapan DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan, semalam. Ucapan Mohamad Sabu ini dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini hari ini di bawah tajuk “HARAPAN Gesa Duta Eropah Tekan Najib” di mana Pakatan Harapan dikatakan “menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil”.
Tatkala soal Pakatan Harapan “menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil” adalah satu perkara yang boleh dipersoalkan kewajarannya, lebih boleh dipersoalkan kewajarannya lagi ialah tindakan Mohamad Sabu mempolitikkan pertemuan ini dengan menyebut pertemuan ini kononnya berlangsung kerana diplomat Kesatuan Eropah “nampak bahawa PRU14 kerajaan akan bertukar tangan”.
Dakwa Mohamad Sabu: “Selalunya mereka akan jumpa presiden parti atau setiausaha, ini berlainan (secara berasingan). Kenapa duta negara Eropah tidak bertemu kita melalui satu per satu setiap parti? Sebaliknya mereka berkumpul sekali dan menjemput kami untuk berdialog. Saya nampak daripada isyarat itu, mereka nampak bahawa PRU 14 kerajaan akan bertukar tangan.”
Laporan sama turut dibuat oleh portal berita The Malaysian Insight hari ini di bawah tajuk “Diplomat Kesatuan Eropah Terima Kunjungan Pemimpin Pakatan” yang sekali lagi memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: “Kebiasaannya, duta negara Eropah bertemu dengan kita melalui parti masing-masing. Biasanya hanya presiden dan setiausaha dijemput. Tetapi kali ini kami dijemput sebagai PH. Mungkin ini isyarat mereka nampak yang PRU 14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan.”
Pada pendapat saya, cubaan Mohamad Sabu mengheret diplomat Kesatuan Eropah ke dalam kancah politik dalam negara kita dengan mendakwa kononnya mereka nampak atau yakin bahawa Pakatan Harapan akan memenangi PRU 14 adalah satu perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab dan menampakkan seolah-olah Pakatan Harapan sudah cukup terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Adalah lumrah untuk diplomat negara luar mendapatkan perkembangan terkini yang berlaku di negara mereka ditempatkan dan ini diperolehi melalui pertemuan dengan pelbagai segmen masyarakat, termasuk pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang mahupun pemimpin masyarakat sivil. Untuk mendakwa mereka bertemu Pakatan Harapan kerana mereka nampak atau yakin bahawa Pakatan Harapan akan memenangi PRU 14 adalah satu politik murahan.

Sekianlah artikel POLITIK MURAHAN PRESIDEN AMANAH MENSENSASIKAN PERTEMUAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN DENGAN DIPLOMAT KESATUAN EROPAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca POLITIK MURAHAN PRESIDEN AMANAH MENSENSASIKAN PERTEMUAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN DENGAN DIPLOMAT KESATUAN EROPAH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/politik-murahan-presiden-amanah.html
0 Response to "POLITIK MURAHAN PRESIDEN AMANAH MENSENSASIKAN PERTEMUAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN DENGAN DIPLOMAT KESATUAN EROPAH"
Posting Komentar