PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno

PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno
link : PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno

Baca juga


PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno

SHAH ALAM: Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno percaya rombakan kerusi Parlimen yang bakal dilakukan Pakatan Harapan (PH) di Selangor menjelang pilihan raya akan datang, adalah disebabkan gabungan itu sedar mereka sedang kehilangan sokongan rakyat.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata, pakatan pembangkang itu terpaksa berbuat demikian demi memastikan parti itu kekal menang di negeri terkaya berkenaan.

"Situasi sudah berubah, dan keadaan telah juga telah berbeza. Tentu mereka tahu kedudukan dan penerimaan rakyat di kawasan yang mereka wakili selama ini.

"Saya percaya bahawa perubahan yang kononnya akan dibuat ini, sudah tentu mengambil kira perubahan situasi ini," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Antarapos hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak, sebaliknya akan diletakkan di Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selain itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula dipindahkan dari Parlimen Ampang ke Hulu Langat.

Untuk rekod, kerusi Hulu Langat dan Shah Alam dimenangi PAS pada PRU13 yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.

Kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Abdul Samad atas tiket PAS selepas beliau menewaskan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi. Khalid kini menyertai Amanah, parti serpihan PAS.

Sementara itu kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.

Malah kata Annuar lagi, yang tidak menolak bahawa pemilihan kerusi tersebut sudah mengambil kira faktor kebolehmenangan sesebuah kawasan yang selesa buat calon berkenaan.

"Pastinya mereka mahu kawasan yang selamat apatah lagi kita tahu, sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan mereka tidak bekerja.

"Tentu mereka bimbang rakyat tidak menyokong mereka jika mereka kekal bertanding disitu," katanya.


PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno

Sekianlah artikel PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/ph-mula-sedar-hilang-sokongan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH mula sedar hilang sokongan di Selangor, dakwa MT Umno"

Posting Komentar