Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan

Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan
link : Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan

Baca juga


Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan

 
Kamarudin Mohd Nor berkata, permintaan terhadap ringgit akan disokong harga minyak mentah lebih tinggi, unjuran positif makroekonomi, prestasi dagangan luaran lebih baik dan kelemahan dolar AS. 


Kamarudin-Mohd-Nor_ringgit_600
Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamarudin Mohd Nor


KUALA LUMPUR: Ringgit akan memperolehi tarikan secara berperingkat-peringkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kekal kukuh dan dijangka diniagakan dalam julat kecil antara 3.95 dan 4.00 minggu depan, kata pakar ekonomi.

Pengambilan untung dijangka berlaku selepas kadar peningkatan ringgit yang ketara berbanding dolar AS pada minggu pertama dagangan tahun ini.

Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamarudin Mohd Nor berkata, di sebalik jangkaan pasaran, permintaan terhadap mata wang tempatan akan disokong kukuh beberapa pemangkin.

Ia termasuk harga minyak mentah yang lebih tinggi, unjuran positif makroekonomi, prestasi dagangan luaran lebih baik, sentimen memberangsangkan dan kelemahan dolar AS, katanya kepada Bernama.

Semalam, ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS kepada 3.9950/0000 daripada 4.0440/0500 pada Jumaat minggu lalu.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan naik berbanding dolar Singapura daripada 3.0265/0323 kepada 3.0081/0123 dan meningkat berbanding yen daripada 3.5912/5968 kepada 3.5279/5333 minggu lepas.

Ringgit juga kukuh berbanding euro daripada 4.8495/5543 kepada 4.8116/8192 dan tinggi berbanding pound daripada 5.4602/4687 kepada 5.4048/5132 pada Jumaat minggu lalu.



Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan

Sekianlah artikel Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pakar-jangka-ringgit-kekal-kukuh-minggu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pakar jangka ringgit kekal kukuh minggu depan"

Posting Komentar