Judul : MUFTI KELANTAN NASIHATI DR. MAHATHIR INGAT TENTANG MATI
link : MUFTI KELANTAN NASIHATI DR. MAHATHIR INGAT TENTANG MATI
MUFTI KELANTAN NASIHATI DR. MAHATHIR INGAT TENTANG MATI
SELEPAS Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap mufti sebagai ‘kafir’ kerana menyertai PAS dan tidak menegur fatwa Abdul Hadi Awang berhubung peristiwa Memali, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dinasihati pula agar mendekati diri dengan agama serta mengingati hari kematian.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berharap Dr Mahathir mengingati pada kematian dan berdoa supaya hidupnya diakhirkan dengan kesudahan yang baik.
Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana beliau tidak mahu perkara sebaliknya berlaku, malah Dr. Mahathir terus bercakap demi kepentingan politik semata-mata.
Mohamad Shukri yang sependapat dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bahawa Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri tidak merujuk kepada mufti apabila berlaku peristiwa Memali pada 1985.
“Masyarakat seharusnya memahami institusi mufti dalam bidang fatwa, jadi kita tidak boleh campur-aduk soal pengurusan, kehakiman dan kefatwaan, katanya pada pihak media selepas Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan semalam.
.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan semasa ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan PPBM dilaporkan menegur mufti berikutan isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981.
Beliau yang kini bersekongkol dengan DAP turut mendakwa, kegagalan mufti menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali.
.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan serangan kepada mufti dan ulama menunjukkan seolah-olah Dr. Mahathir ‘alergik’ dengan isu agama kerana sering mengeluarkan kenyataan yang menyerlahkan kejahilannya sendiri.
“Sejak dahulu lagi, bila beliau (Dr. Mahathir) cakap bab agama, tak layak pun, bukan saya hendak merendah-rendahkannya. Namun, beliau tiada kelayakan untuk bercakap, lagi baik diam, apabila bercakap nampak kejahilan diri sendiri, ” kata Mohamad Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Manakala Mursyidul Am PAS,Hashim Jasin pula mempersoalkan sama ada Dr. Mahathir sedar atau tidak bahawa Majlis Fatwa dan juga para mufti telah memberi pandangan bahawa amanat Haji Hadi sebenarnya bukan mengkafirkan orang Islam sehingga boleh mencetuskan perpecahan pada masa itu.
Sebaliknya kata beliau, ucapan Abdul Hadi ketika itu adalah menyentuh secara umum dengan berpandukan al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh.
Tindakan Dr. Mahathir menyalahkan para mufti dengan peristiwa Memali disifatkan oleh Hashim sebagai tidak berasas, sekali gus menunjukkan bekas Perdana Menteri itu sudah lupa dengan situasi sebenar tragedi berdarah tersebut. – Kedahnews.com

Sekianlah artikel MUFTI KELANTAN NASIHATI DR. MAHATHIR INGAT TENTANG MATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MUFTI KELANTAN NASIHATI DR. MAHATHIR INGAT TENTANG MATI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/mufti-kelantan-nasihati-dr-mahathir.html
0 Response to "MUFTI KELANTAN NASIHATI DR. MAHATHIR INGAT TENTANG MATI"
Posting Komentar