MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?

MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?
link : MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?

Baca juga


MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?

Ketika Anwar Ibrahim dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada November lalu selepas menjalani pembedahan bahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melawat beliau. Sehari selepas itu pula, timbalan beliau, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengunjungi Anwar.

Kunjungan dua pemimpin negara itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang menyifatkan ia sebagai politik matang dan terbuka. Ia juga menunjukkan mereka berjiwa besar.

Pada masa sama juga, ramai yang ternanti-nanti kehadiran pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad untuk datang melawat Anwar. Namun hampa.

Bagaimanapun semalam, Mahathir yang tidak datang melawat Anwar ketika beliau dirawat di HKL dan ketika beliau dipenjarakan, tiba-tiba menunjukkan minat mahu mengunjungi Anwar yang sedang menjalani rawatan pemulihan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Malah ketika Anwar dimasukkan ke hospital pada 1998 kerana ‘mata lebam’, Mahathir tidak memperlihatkan minat untuk melawatnya.

Tetapi kali ini, Mahathir memberi alasan mahu bertemu Anwar untuk berterima kasih secara peribadi kerana memudahkan rundingan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Nurul Izzah jadi tour guide saya untuk jumpa rakan lama. Rakan seperjuangan. Rakan yang banyak berkorban yang ingin saya ucapkan terima kasih,” demikian tulisnya dalam Facebook.

Hasrat Mahathir itu bagaimanapun tidak kesampaian dan dilarang bertemu dengan Anwar. Bila tidak dibenarkan, Mahathir telah menuduh Najib sebagai diktator.

Mahathir terlupa bahawa ada prosedur yang disediakan dan perlu dipatuhi untuk melawat banduan, namun beliau tidak peduli.

Bagaimanapun kunjungan Mahathir itu telah ditemplak ramai. Ketika Anwar dituduh dengan kes liwat itu, Mahathir telah menghina beliau, kini Anwar diangkat sebagai rakan lama pula.

Mahathir juga adalah orang yang bertanggungjawab memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan me­nuduh Anwar melakukan jenayah liwat serta pelbagai lagi perkara lain yang menjijikkan.

Jelas apa yang berlaku ini memperlihatkan Mahathir mempunyai kepentingan politik dan membuat pusingan u terhadap Anwar Ibrahim.


MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?

Sekianlah artikel MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/masa-di-hkl-tak-terhegeh-hegeh-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MASA DI HKL TAK TERHEGEH-HEGEH PULA MAHU MELAWAT ANWAR?"

Posting Komentar