Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja
link : Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Baca juga


Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

GADUH terus gaduh. Begitulah Pakatan Harapan yang suka bergaduh dan menegakkan benang yang basah. Sehinggakan anak muda dalam DAP sendiri berasa muak dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin senior dalam Pakatan Harapan ini.

Sepatutnya Pakatan Harapan tak perlu sibuk sehingga bergaduh-gaduh pasal siapa calon paling layak untuk menjadi Perdana Menteri ke-7 selepas PRU14 ini.

Ini kerana Pakatan Harapan tidak akan berpeluang untuk menjejak kaki ke Putrajaya. Mereka akan kalah buat kali ke 14 di tangan Barisan Nasional hasil daripada pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Pemimpin yang paling layak untuk terus menjadi Perdana Menteri adalah Pengerusi Barisan Nasional Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak.

Rekod pencapaian beliau mentadbir kerajaan selama tidak sampai 10 tahun ini amat membanggakan semua pihak, kecuali pembangkang saja.

Tidak perlu jenggah begitu jauh, lihat sahaja pencapaian kita di tahun 2017 lalu. Kita pasti tidak boleh lupa akan kejayaan dicapai oleh kontinjen negara dalam Sukan SEA 2107. Pungutan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa adalah hasil usaha atlet serta semua rakyat Malaysia yang memberikan sokongan tanpa mengira kaum.

Ketika temasya ini berlangsung, kita dapat lihat bagaimana Malaysia mampu bangkit sebagai satu suara dan satu pasukan yang mahukan kejayaan untuk Malaysia.

Di tahun yang sama juga Malaysia menjadi juara di peringkat antarabangsa apabila begitu lantang mempertahankan isu Baitulmaqdis. Walaupun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump adalah rakan kepada Najib, namun keberanian Najib untuk ‘berkata tidak’ kepada keputusan Trump itu adalah suatu maruah paling berharga buat negara.

Dari segi ekonomi juga begitu baik. Dikala negara lain yang setaraf dengan kita menghadapi tahap ekonomi yang merudum dan tidak positif, namun Malaysia melawan arus. Najib mampu memacu perkembangan ekonomi negara dengan baik sehingga mendapat pujian dari kuasa-kuasa besar ekonomi dunia.

Kepercayaan terhadap Najib semakin menyerlah apabila melihatkan Bajet 2018 yang dibentangkan pada Oktober lalu. Bajet yang mementingkan kesejahteraan rakyat diterima dengan respons yang sangat positif.

Justeru apa lagi alasan untuk kita ‘membuang’ Perdana Menteri ini dan menukarkannya kepada Perdana Menteri baharu yang belum tentu mampu bertindak lebih baik dari sekarang?

Najib mencuri wang rakyat? Dimana bukti bahawa beliau telah berbuat demikian? Bukankah dalam isu 1MDB, dana RM2.6 bilion, GST dan pelbagai lagi isu lain telah lama dijawab secara berkali-kali? Bukankah juga inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan Najib seperti BR1M dan GST juga mula ditiru oleh negara kuasa-kuasa besar lain?

Jadi apa lagi alasan kita untuk menolak Najib? Jika kita sekadar mahu menolak Najib dek kerana terpengaruh dengan berita propaganda dari media sosial atau teks fitnah disebar dalam WhatsApp, maka kita harus sedar bahawa diri kita tidak cukup layak lagi untuk digelar penyumbang kepada kemajuan negara. –Tv14


Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Sekianlah artikel Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/mansuhkan-tol-pembangkang-terbukti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja"

Posting Komentar