Judul : Kerja kuat wanita PH jangan dipersiakan, malah kekuatan mereka mampu memberi kemenangan kepada PH
link : Kerja kuat wanita PH jangan dipersiakan, malah kekuatan mereka mampu memberi kemenangan kepada PH
Kerja kuat wanita PH jangan dipersiakan, malah kekuatan mereka mampu memberi kemenangan kepada PH
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengingatkan kepimpinan lelaki dalam Pakatan Harapan (PH) agar tidak mensia-siakan usaha wanita yang banyak berkorban demi parti itu dalam usaha mereka memastikan parti itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan ketua wanita PH itu berkata, anggota sayap Wanita blok pembangkang itu juga terpaksa mengorbankan banyak perkara termasuk rumah tangga mereka dalam usaha mencapai matlamat parti.
"Saya gembira akhirnya Wanita PH Selangor dan nasional dilancarkan hari ini, tetapi saya sedikit terkilan PH Selangor belum dilancarkan.
"Nampak wanita lebih faham dan ke hadapan dalam isu ini," katanya, ketika berucap sempena pelancaran Wanita PH di Kajang, hari ini.
"Saya nak ingatkan pemimpin lelaki, tolonglah jangan sia-siakan usaha wanita PH yang banyak berkorban dan berpolitik dalam rumah tangga tanpa imbuhan elaun dan gaji," katanya.
Tambahnya, setiap ahli PH perlu menetapkan matlamat mereka dan tidak mempunyai agenda peribadi selain memastikan PH berjaya ke Putrajaya.
"Jangan sia-siakan wanita ini. Wanita bila sebut berkali-kali orang lelaki kata berleter. Kalau cakap lembut sekali tak jalan, dua kali tak jalan ketiga demonstrasi kita.
"Jangan ada agenda lain. Kalau kita tak sampai ke Putrajaya, manifesto ke mana agenda ke mana. Jangan sia-siakan pengorbanan kita. Ini yang saya minta," kata Mariah, yang juga Ketua Wanita Amanah.
Beliau berkata akar umbi PH perlu bersedia dengan segala taktik Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14 yang akan datang.
Katanya, pembangkang juga memerlukan strategi bagi menangkis serangan BN untuk menghadapi "ibu segala pilihan raya" itu.
"Ramai yang mengatakan pilihan raya kali ini ibu segala pilihan raya, mungkin juga nenek segala pilihan raya yang mana segala kemahiran, senjata, teknik dan strategi akan digembleng oleh BN untuk menghalang kita ke Putrajaya dan banyak jutaan ringgit digunakan untuk menyanggah kita.
"Hatta cendekiawan, NGO memberi persepsi mereka bahawa Najib diterima oleh rakyat. 1MDB bukan isunya dan yang lain tak penting tetapi yang penting beliau menang agenda Melayu-Islam.
“Kita perlu pelbagai strategi dan cara untuk kita melawan Umno-BN," katanya.
Selain mengingatkan jentera Wanita PH supaya mengekalkan kaedah konvensional dalam mendekati pengundi, Siti Mariah turut mengingatkan mereka agar turut berubah seiring dengan perjuangan.
"Walaupun kali ini dikatakan pertarungannya di media sosial tapi kita jangan lupa bahawa kita perlu berjumpa pengundi secara berdepan.

Sekianlah artikel Kerja kuat wanita PH jangan dipersiakan, malah kekuatan mereka mampu memberi kemenangan kepada PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kerja kuat wanita PH jangan dipersiakan, malah kekuatan mereka mampu memberi kemenangan kepada PH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kerja-kuat-wanita-ph-jangan-dipersiakan.html
0 Response to "Kerja kuat wanita PH jangan dipersiakan, malah kekuatan mereka mampu memberi kemenangan kepada PH"
Posting Komentar